GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Khamis, 24 Januari 2013

Guru Ini Dituduh Lakukan Gangguan Seksual terhadap 20 Kanak Kanak


Los Angeles - Seorang guru sekolah rendah di Los Angeles, Robert Pimental, 57, dituduh telah melakukan gangguan seksual terhadap 20 muridnya dan satu orang dewasa. Polis sudah menahan Pimental pada Rabu, 23 Januari 2013.

Pimental merupakan salah satu guru di George De La Torre Jr. Elementary di Wilmington, Los Angeles, California. Ia menghadapi lapan tuduhan melakukan gangguan seksual secara terus menerus dan tujuh tuduhan lagi kerana telah bertindak cabul terhadap anak-anak. Menurut polis, gangguan itu dipercayai dilakukan di sekolah.

Ketua Polis Christopher Noz mengatakan, selain 15 tuduhan tadi, boleh saja Pimental akan dikenakan tuduhan-tuduhan yang lain. Wang jaminan bernilai US $ 12 juta telah ditetapkan, namun waktu untuk membaca dakwaan belum ditentukan.

Pimental yang mengajar di peringkat keempat meninggalkan kedudukannya sebagai pengajar pada Mac, ketika polis mula melakukan siasatan.

Jurucakap pengawas sekolah daerah, Daryl Strickland, berkata ketika polis mula mempelajari tuduhan-tuduhan yang ditujukan kepada Pimental awal tahun ini, sekolah langsung memindahkan Pimental.

Penjaga murid dan pihak berkuasa sekolah tempatan juga akan diberi tahu tentang pemindahan tersebut, termasuk sekarang ini soal penangkapan Pimental. Penjaga murid akan diberi tahu melalui surat dan telefon.

Pimental telah bekerja untuk Los Angeles Unified School District sejak 1974.

* Sumber asal tempo.com


0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP