GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Khamis, 24 Januari 2013

Video Alvin Tan dan kekasihnya Vivian Lee Kembali! Kali Ini dengan perbincangan dan Tips hubungan Intim


Alvin Tan dan Vivian Lee "comeback" dengan program perbincangan seks mereka

SINGAPURA - Alvin Tan rupanya tidak serik. Caci maki dari penduduk Singapura dan penyingkiran beasiswanya tidak menghentikan "kenakalan" mahasiswa undang undang National University Singapore (NUS) itu.

Setelah menggemparkan negara jiran dengan video seks yang dilakukannya dengan kekasihnya Vivian Lee, Alvin kembali dengan video terbaru. Kali ini Alvin memilih untuk tidak memaparkan perbuatan intimnya. Mahasiswa kontroversi ini memilih video yang lebih "halus" kandungannya. Bersama dengan Vivian, dia melancarkan program khusus di Youtube dengan nama "SexcussionAlvivi".

Pasangan muda-mudi ini telah menampilkan tiga video di mana mereka melakukan perbincangan dan menawarkan tips atau cadangan bagaimana mendapatkan kehidupan seks yang baik. Untuk video pertama dan kedua, Alvin dan Vivian yang tampil hanya ditutupi selimut dan memberikan maklum bagaimana untuk mendapatkan pasangan seks dan juga bagaimana untuk meningkatkan prestasi di tempat tidur.

Video ketiga yang baru sahaja diupload Selasa (22/01/2013) mengandungi wawancara Alvin dan Vivian dengan sejumlah warga Malaysia. Tanpa merasa malu, mereka menanyakan beberapa soalan seperti kedudukan seks kegemaran, apakah pengalaman seks ternakal yang pernah dialami, dan apakah lebih menyukai buah dada atau bahagian punggung.

Seperti biasa, mempertahankan dirinya, Alvin menegaskan program ini baik untuk masyarakat. "Seks adalah sesuatu yang sangat penting dalam hidup manusia, tetapi ironisnya jarang dibincangkan secara terbuka. Kami ingin mendidik masyarakat mengenai seks dan kesihatan, orientasi seks, seks dan moral, dan tentunya seks dan kebahagiaan," jelas Alvin dalam video.

Alvin mengharapkan videonya akan menggalakkan masyarakat Malaysia dan Singapura untuk lebih terbuka mengenai kehidupan seks dan juga isu-isu sensitif yang lain.

* Sumber kompas.com

1 Merujuk kepada perkara diatas :

Budak Sri Kinta 28 Januari 2013 pada 12:20 PG  

salam perjuangan, mohon jasa baik tuan untuk pautkan blog sy di bloglist tuan, budaksrikinta.blogspot.com
terima kasih...

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP