GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Isnin, 28 Januari 2013

Ramai selebriti jadi calon Pilihan Raya Indonesia


Jakarta: Pilihan raya Indonesia tahun depan bakal menyaksikan ramai selebriti bertanding berikutan kecenderungan parti politik mengumpan golongan itu menyertai mereka dan bertanding sebagai calon dengan harapan akan menang.
Parti Persatuan Pembangunan (PPP) mengumumkan ia menyasarkan selebriti untuk menyertainya, sudah mengadakan perbincangan dengan sekurang-kurangnya lapan daripada mereka. 
Jumaat lalu, Timbalan Ketua Setiausaha PPP, Arwani Thomafi, menamakan model tahun 1980-an, Okky Asokawati; bekas model yang menjadi usahawan, Ratih Sanggarwati; penyanyi 1980-an, Emilia Contessa; penyanyi utama kumpulan Ungu, Sigit ‘Pasha’ Purnomo Syamsuddin Said dan penyanyi dangdut, Nassar, sebagai bakal calon. 

Hati-hati pilih selebriti 

Setiausaha Agung PPP, Mochammad Romahurmuziy, berkata partinya amat memilih selebriti yang ingin didekati. Mereka yang mempunyai imej buruk atau dianggap tidak cekap tidak akan mendapat undian.

Parti Mandat Negara (PAN), yang dikenali dengan ramai wakil rakyat selebriti, Isnin lalu berkata sekurang-kurangnya lima selebriti memohon untuk bertanding bagi pihak parti itu.

“Mereka yang mendaftar ialah Marissa Haque, Ikang Fawzi, Hengky Kurniawan, Lucky Hamzah dan Rafi Ahmad,” kata Setiausaha Agung PAN, Taufik Kurniawan. 
Taufik berkata, partinya tidak mengutamakan selebriti dan mereka perlu melalui proses saringan ketat sama seperti calon bukan selebriti.

“Semuanya bergantung kepada prestasi politik mereka,” katanya.

Parti Golkar menjadi yang pertama merekrut selebriti untuk pilihan raya 2014.
Mei lalu, ia mengumumkan pelakon Desy Ratnasari, penyanyi Ari Lasso, Katon Bagaskara dan bekas ratu cantik, Artika Sari Devi, sebagai menjalani program latihan selama setahun bagi menyediakan mereka untuk bertanding merebut jawatan dalam Dewan Perwakilan. - AGENSI
* Sumber BH

0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP