GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Selasa, 8 Januari 2013

Selebriti turut jadi mangsa perkosaan


New Delhi: Kes rogol dan cabul yang mencetuskan tunjuk perasaan di India, tidak hanya membabitkan rakyat biasa, sebaliknya selebriti dan aktres terkenal di negara itu dan Sri Lanka turut menjadi mangsa. 
Sehingga kini, misteri terus menyelubungi kematian pengacara televisyen dan aktres terkenal negeri Karnataka, Hemasri, 29, dengan seorang pemimpin Kongres JL Muralidhar dan suaminya Sudikatakan sebagai orang paling disyaki. 
Media tempatan melaporkan, Hemasri diisytiharkan meninggal dunia ketika dibawa ke hospital 12 Oktober lalu oleh suaminya yang juga seorang ahli politik, Karnataka Sudhindra Babu. 


Laporan awal bedah siasat mengesahkan ia sebagai kes bunuh akibat dilemaskan dengan klorofom di sebuah rumah ladang di Anantapur, selain disyaki menjadi mangsa rogol beramai-ramai. Polis daerah Hebbal memfailkan kes ke atas Sudhindra berkaitan kejadian itu. 

Di COLOMBO, seorang aktres terkenal Sri Lanka mendakwa dia dirogol empat lelaki pada malam Tahun Baru, sekembalinya daripada menyaksikan satu pertunjukan muzik. 

Aktres berkenaan yang mempunyai seorang anak dan baru bercerai mendakwa, dia baru pulang daripada menyaksikan pertunjukan di daerah Kadirana, apabila seorang daripada suspek menahannya sebelum dicekik dan diheret ke dalam semak di tepi jalan dan dirogol. 

Lelaki itu kemudian menghubungi tiga lagi rakannya menggunakan telefon bimbit. Mereka tiba dan merogolnya bergilir-gilir sebelum melarikan diri, lapor akhbar Gossip Lanka News. 
Akhbar itu melaporkan berdasarkan maklumat yang diberi, polis menahan tuan punya rumah sewa aktres terbabit, dua anggota tentera dan seorang yang lain. 

Jurucakap angkatan udara Sri Lanka Kapten Shiraz Jaldeen mengesahkan kedua-dua anggota tentera berkenaan sudah ditahan dan tindakan akan diambil selepas mahkamah membuat keputusan. 

Di CHENNAI, aktres seksi India Selatan, Lakshmi Rai mengaku dicabul sekumpulan peminatnya ketika menjalani penggambaran di Pondicherry akhir Disember lalu. 

Perbuatan mereka menyebabkan dia terpaksa melarikan diri dan berlindung di dalam van selama hampir 40 minit sehingga anggota keselamatan menyuraikan mereka. 

Lakshmi bagaimanapun bersikap positif mengenai kejadian itu. 
Saya bertuah kerana popular dan gembira dengan minat yang mereka tunjukkan, katanya. 
Agensi
* Sumber

0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP