GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Rabu, 27 Februari 2013

Suami boleh mati pucuk jika isteri gaji besar

imej google

COPENHAGEN: Lelaki yang memiliki isteri berpendapatan lebih tinggi berkemungkinan besar mengambil Viagra dan ubat lain kerana kurang bertenaga di bilik tidur, lapor satu kajian. 

Penyelidik kurang pasti mengapa perkara itu berlaku tetapi rasa hilang harga diri selain marah dan kecewa mungkin memainkan peranan. 

Kajian dilakukan di Denmark, lokasi penggambaran drama politik popular, Borgen, yang memaparkan bagaimana Perdana Menteri wanita bergelut dengan kesukaran mentadbir negara manakala suaminya mengu-ruskan rumah tangga dan anak-anak. 


Penyelidik Denmark dan Amerika Syarikat bermula dengan mengkaji gaji pada data lebih 200,000 pasangan suami isteri. Ia mendedahkan Viagra dan ubat bagi masalah mati pucuk lain lebih popular di kalangan pasangan yang isteri menerima gaji lebih tinggi. 

Kesan malah dapat dilihat pada keluarga yang isteri memiliki pendapatan cuma sedikit lebih tinggi daripada suami. 

Penyelidik berkata: “Malah perbezaan kecil dalam pendapatan dikaitkan dengan risiko besar penggunaan ubat mati pucuk apabila wanita menjadi penyumbang utama dalam rumah tangga berbanding lelaki.” 

Perbezaan gaji sebanyak £10,000 (RM 47,095) yang memihak kepada wanita, menggandakan penggunaan Viagra. 
Menariknya, fenomena itu tidak dilihat pada pasangan yang selalunya memiliki pendapatan lebih tinggi. Sebaliknya, ia terhad kepada perkahwinan yang isteri mengambil alih kedudukan itu daripada suami. 

Ia menunjukkan rasa hilang harga diri menjadi punca keadaan itu. 

Menulis dalam Buletin Personality and Social Psychology, penyelidik berkata, peningkatan aliran bagi wanita menjadi penyumbang utama rezeki mencabar peranan tradisi lelaki sebagai pencari nafkah dan meletakkan mereka di bawah tekanan psikologi. 

“Kehendak seksual lelaki dikaitkan dengan budaya dan faktor sosial seperti kuasa bapa, wang dan rangkaian sosial, berpotensi menyebabkan lelaki berdepan masalah penurunan kehendak seksual atau tidak berfungsi apabila mendapati peranan tradisi mereka dirampas. 

“Kemarahan dan kekecewaan juga boleh membawa kepada masalah seksual serius seperti mati pucuk,” kata penyelidik. - Agensi


* Sumber BH


0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP