GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Ahad, 28 April 2013

Lelaki Parah ditetak hanya kerana hutang RM20

Azlan cedera parah di kepala dan patah tangan kiri akibat ditetak dan dipukul empat lelaki di Kampung Binjai, Jalan Bukit Besi, Dungun. - Foto Khairul Hamizy Ramlee

Dungun: Seorang lelaki cedera parah selepas diserang dan ditetak empat lelaki di kepala, kaki dan tangan kerana marah apabila mangsa dikatakan meminta hutang RM20 daripada seorang suspek, di Kampung Binjai, Jalan Bukit Besi, dekat sini, kelmarin. 

Sebelum kejadian, mangsa Azlan Rani, 40, yang bekerja sendiri dikatakan menemui empat suspek yang menaiki sebuah kereta di tepi jalan di kampung berkenaan untuk meminta hutang daripada seorang suspek, kira-kira jam 10 pagi. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K Manoharan, berkata ketika berunding mengenai hutang itu, berlaku pertengkaran antara mangsa dan suspek, sebelum mangsa berlalu pergi dengan motosikal untuk pulang ke rumah. 


Bagaimanapun, empat suspek terbabit yang tidak berpuashati, mengejar dan melanggar motosikal sehingga mangsa terjatuh ke jalan, sebelum membelasah dan menetak mangsa dengan kapak dan parang. 

Katanya, mangsa yang dalam keadaan parah dan berlumuran darah kemudian mengagahkan diri menunggang motosikal pulang ke rumahnya tidak jauh dari tempat kejadian. 

Setibanya di rumah, mangsa sempat memberitahu seorang adiknya berhubung kejadian itu sebelum jatuh pengsan dan dikejarkan ke Hospital Dungun untuk rawatan. Mangsa kemudian dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu dan keadaannya dilaporkan kritikal. 

Susulan kejadian, abang mangsa berusia 45 tahun yang bekerja sebagai guru membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun, selepas dimaklumkan mengenai kejadian.


* Sumber BH


0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP