#PRU13 : BN Kedah nafi gantung Seluar Dalam
Tweet
ALOR SETAR - Barisan Nasional (BN) Kedah semalam menafikan BN mempunyai kaitan dengan tindakan menaikkan kain rentang memaparkan logo parti dan pemimpin pakatan pembangkang yang dikatakan bersifat kontroversi kerana berbentuk seluar dalam gergasi.
Pengerusi BN Kedah, Datuk Ahmad Bashah Ahmad Hanipah menegaskan, Pas tidak boleh sesuka hati menuduh jentera pilihan raya BN sengaja memasang kain rentang itu tanpa mengemukakan bukti kukuh.
"BN tidak berminat melakukan perkara seumpama itu kerana kami menumpukan sepenuh perhatian terhadap perkara yang lebih serius seperti membantu rakyat.
"Pas jangan buat tuduhan melulu jika tidak ada bukti kukuh orang BN terbabit," katanya di sini semalam.
Beliau mengulas kenyataan Setiausaha Jabatan Pilihan Raya Pas Kedah, Zamri Ibrahim kelmarin bahawa ada kain rentang dipasang jentera BN menggunakan logo parti dan gambar pemimpin pembangkang yang mengandungi kata-kata berunsur provokasi.
* Sumber kosmo! Online
0 Merujuk kepada perkara diatas :
Catat Ulasan