GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Khamis, 25 April 2013

#PRU13 : Tak cukup duit deposit, 2 Orang Asli tarik diri jadi calon


Simpan dan Rani menunjukkan borang penamaan calon mereka, Jumaat lalu.
ROMPIN - Dua Orang Asli yang sebelum ini disebut-sebut bakal bertanding atas tiket Bebas di kawasan Parlimen Rompin dan Dun Muadzam Shah mengakui tidak mempunyai wang mencukupi untuk mendaftar sebagai calon dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Bekas Ketua Umno Cawangan Sawah Batu, Pekan, Simpan Suda berkata, masalah kewangan antara faktor utama dia terpaksa menarik diri pada saat akhir kerana memerlukan sekurang-kurangnya RM15,000 untuk menjadi calon Parlimen.

Menurutnya, setiap calon yang bertanding di kerusi Parlimen memerlukan deposit calon sebanyak RM10,000 dan deposit bahan kempen sebanyak RM5,000.

“Jumlah wang deposit dan bahan kempen yang terlalu tinggi membantutkan hasrat saya bertanding kerana tidak mampu bayarnya, apatah lagi dalam waktu singkat, saya tidak mampu mencari wang sebanyak itu,” katanya kepada Sinar Harian.

Simpan yang bermalam di sebuah hotel di Rompin sebelum penamaan calon berkata, selain masalah kewangan, dia juga mengalami masalah teknikal apabila borang 5A yang dibeli pada harga RM20 tercicir sewaktu ke pusat penamaan calon.

“Saya tiba di pusat penamaan calon kira-kira jam 8 pagi, malangnya borang 5A saya tiba-tiba hilang menyebabkan saya terpaksa batalkan hasrat bertanding tambahan pula tidak cukup wang,” katanya.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Kundang, Rani Abd Wahid berkata, dia kesal kerana sebelum ini sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berjanji akan menaja keseluruhan kos deposit untuknya menjadi calon Dun Muadzam Shah.
Bagaimanapun katanya, sebaik tiba di pusat penamaan calon, wakil NGO terbabit tidak sampai sebaliknya hanya memaklumkan segala kos deposit sepatutnya ditanggung oleh calon itu sendiri dan lebih malang perkara itu hanya diberitahu kepadanya selepas selesai penamaan calon.

Justeru, dia memohon maaf kepada seluruh pengundi terutama masyarakat Orang Asli Dun Muadzam Shah selepas tidak menjadi calon dalam PRU13.
* Sumber sinarharian


0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP