GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Khamis, 25 April 2013

2 didakwa sebar gambar separuh pakaian Catherine William


PARIS 25 April - Sebuah mahkamah di sini semalam mendakwa dua individu atas kesalahan menyiarkan gambar separuh bogel isteri Putera William, Catherine yang mencetuskan kontroversi.

Menurut sumber mahkamah, kedua-dua individu terbabit merupakan Pengarah Mondadori Group yang bertanggungjawab menyiarkan gambar berkenaan dalam majalah Closer dan seorang jurugambar akhbar La Provence.

Hakim mahkamah mendakwa jurugambar berkenaan atas tuduhan mengganggu ketenteraman orang lain kerana mengambil gambar Catherine berpakaian renang ketika sedang bercuti bersama William di selatan Perancis.

Bagaimanapun identiti kedua-dua tertuduh tidak didedahkan.

Gambar kontroversi Catherine itu disiarkan dalam akhbar La Provence namun, kebanyakan gambar separuh bogel Duchess of Cambridge tersebut disiarkan dalam majalah Closer pada keluaran September lalu. 

- AFP (sumber)


0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP