GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Rabu, 22 Mei 2013

Awas lokasi virus kencing tikus

NIBONG TEBAL - Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mengunjungi kawasan yang pernah dikesan berlaku kes leptosirosis, demam akibat terkena kencing tikus, buat sementara waktu bagi mengelak terkena jangkitan virus berkenaan. 

Menasihatkan demikian, Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahya berkata virus kencing tikus sangat berbahaya dan boleh membawa maut.  

"Kawasan yang disahkan punca kepada penyebaran virus kencing tikus perlu ditutup sekurang-kurangnya enam bulan hingga ke setahun bagi memastikan tempat berkenaan benar-benar bebas daripada virus berkenaan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Guru Peringkat Pulau Pinang, di sini hari ini. 

Akhbar semalam melaporkan, Pusat Peranginan Lata Bayu, Asam Jawa, di Baling, Kedah, ditutup sementara kerana disyaki tercemar virus kencing tikus yang menyebabkan kematian seorang lelaki selepas berkelah di kawasan berkenaan, awal bulan ini. 

Abu Hanifah Redzuan, 23, anggota kru produksi filem disahkan meninggal dunia Sabtu lepas di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani, selepas dikatakan mengalami demam panas lebih seminggu lalu. 

Selain Abu Hanifah, enam ahli keluarga mangsa yang turut mandi di air terjun itu, pada hari sama dilapor dimasukkan ke hospital untuk rawatan dan pemantauan doktor. 


- Bernama



  

0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP