GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Selasa, 7 Mei 2013

Calon Boleh Fail Petisyen Jika Tidak Puas Hati Keputusan #PRU13 - SPR


KUALA LUMPUR: Calon yang tidak berpuas hati dengan keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU-13), boleh mengemukakan petisyen atau bantahan terhadap proses pengundian itu selepas pewartaan keputusan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata tempoh untuk berbuat demikian ialah 21 hari selepas tarikh pewartaan.
Menurutnya, SPR dijangka selesai mewartakan keputusan PRU13 itu dalam masa dua minggu.
Katanya petisyen itu boleh dikemukakan di Mahkamah Tinggi di negeri masing-masing dan akan diselesaikan dalam masa enam bulan.
"Sekiranya mereka masih tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Tinggi, mereka boleh membuat rayuan di Mahkamah Persekutuan untuk keputusan muktamad," katanya ketika diwawancara dalam rancangan 'Helo Malaysia' terbitan BernamaTV, malam Isnin.
Menurut beliau pada PRU 2004, SPR menerima lebih 30 petisyen berhubung keputusan PRU dan petisyen yang paling banyak diterima ialah pada PRU 1999 yang melibatkan 40 petisyen.
Pada PRU 2008 hanya 26 petisyen yang dikemukakan sedangkan ketika itu berlaku tsunami politik yang tidak berpihak kepada Barisan Nasional.
Katanya sesuatu petisyen boleh dibuat atas sebab-sebab perbuatan rasuah atau sebarang salah laku yang mungkin telah menjejaskan pilihan raya, ketidakpatuhan undang-undang dan peraturan pilihan raya.
"Rakyat berhak mencabar keputusan PRU, tetapi melalui saluran undang-undang. Jangan pergi ke jalan raya berdemonstrasi dan memanggil seluruh dunia menceritakan kami tolak PRU," katanya. 
-BERNAMA


0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP