GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Rabu, 8 Mei 2013

Datuk Seri Azizan Abdul Razak Bekas MB Kedah Kembali Stabil


Datuk Seri Azizan Abdul Razak dilaporkan berada dalam keadan kritikal selepas dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang
GEORGETOWN: Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang sebelum ini dilaporkan tenat kini kembali stabil.
Beliau kini menerima rawatan di Unit Rawatan Kritikal (CCU) Hospital Pulau Pinang (HPP).
Bekas Setiausaha Akhbarnya, Mohd Helmi Khalid mengesahkan tekanan darah Azizan kembali normal dan beliau sudah boleh menggerakkan anggota badannya.
Penyokong Pas menunggu di luar bilik CCU Hospital Pulau Pinang apabila bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang berada dalam keadaan kritikal di unit berkenaan pada Rabu -Foto BERNAMA
Terdahulu Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mengesahkan Azizan telah jatuh koma dan sedang dirawat di CCU.
Difahamkan Azizan, 70, dimasukkan ke hospital selepas mendapat jangkitan kuman di kaki.
Azizan yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah menerima rawatan di KMC sejak pagi Isnin lalu.
Helmi turut menafikan khabar angin mengenai berita kematian Azizan.
Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) Azizan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Sungai Limau dengan mengalahkan sepupunya Fazillah Mohd Ali yang mewakili Barisan Nasional (BN) dengan majoriti 2,774 undi.
Bagaimanapun, PAS kehilangan kuasa pentadbiran kerajaan negeri apabila BNmemenangi 21 dari 36 kerusi DUN untuk membentuk kerajaan dengan majoriti mudah.
* Sumber mStar Online

0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP