FOTO: Penjara Paling Bebas di Dunia
Tweet
Di dalam kompleks penjara ini terdapat restoran, pasar, pasar raya, salon rambut, malah hotel yang diuruskan sendiri oleh para tahanan. Kehidupan di sini sememangnya bebas tanpa diawasi oleh pegawai penjara dan tanpa campur tangan polis Bolivia dengan segala hal yang terjadi di dalam penjara (kecuali jika berlaku rusuhan besar-besaran).
San Pedro mempunyai sistem pemerintahan sendiri. Seorang pemimpin akan dipilih secara demokratik. Sekiranya terjadi masalah, peraturan dan hukuman yang telah ditetapkan oleh para tahanan inilah yang akan berlaku. Sehingga apabila seorang tahanan dianggap keterlaluan, maka para tahanan yang lain akan bertindak.
Namun, di dalam penjara ini, para tahanan perlu membayar untuk sel mereka, tidak kira betapa kecil atau kotornya sel yang mereka diami. Penjara San Pedro terbahagi kepada 8 bahagian, mulai dari bahagian paling kumuh dan kotor sehinggalah yang paling mewah. Tahanan yang sanggup membayar mahal boleh tinggal di bahagian yang mewah.
Tidak menghairankan bagi para banduan yang kaya, sel (tanpa jeriji besi) dilengkapi dengan tandas peribadi, dapur sendiri, TV kabel, bahkan jakuzzi! Tetapi bayaran sewanya pun mahal. Tahanan yang ingin tinggal di dalam sel mewah seperti ini perlu membayar sekitar USD 1000 hingga 1500 (kira-kira RM 3000 - RM 4500) sepanjang masa tahanan mereka.
Seperti disebutkan sebelumnya, tanpa adanya pegawai penjara bererti tiada makanan penjara yang percuma diberikan. Banduan di sini harus bekerja seperti kehidupan normal. Itulah sebabnya ramai yang membuka perniagaan sendiri seperti kedai makan, salun dan sebagainya malah ada yang menggaji tahanan lain sebagai pekerja mereka. Gaji yang diperolehi digunakan untuk membeli makan, membayar sewa tempat dan kegunaan lain.
Tahanan di San Pedro boleh membawa anak dan isteri untuk hidup bersama. Sebuah data menunjukkan terdapat kira-kira 200 anak yang tinggal dengan ayah mereka yang menjadi tahanan di dalam penjara San Pedro.
* Sumber VIVAnews

1 Merujuk kepada perkara diatas :
kalau camni masuk penjara orang pun tak rasa takut untuk duduk dalam penjara.. hahahaha
Seram >>Ustaz Kazim nampak wajah orang menyihirnya dalam mimpi
Terbaik >>Pelanggan RHB dapat RM50 cash sempena hari ibu. Jom tengok
Hawa >>MALAYSIA SALE: Prada, Gucci, Coach, Burberry!! Diskaun sehingga 65%. tak tengok jangan menangis nanti
Terbaik >>Apa Yang Korang Belum Tahu Pasal Samsung Galaxy S4
Hot >>Awas!Ada Peniaga guna semula lidi sate
Tips>>Yang Suka Ber FB,Twitter,Whatsapp & tengok youtube kena tengok ni dulu
Catat Ulasan