Dipenjara Enam Bulan akibat Kawin Kontrak
Tweet
Pasangan suami isteri palsu, Theong Peng Nyuk dan Tran Thi Kim Phuong, masing-masing dijatuhi vonis hukuman penjara selama enam bulan.
Mereka berdua dinyatakan bersalah melakukan kawin kontrak yang melanggar undang-undang Singapura.
Channel News Asia melaporkan, Tran yang berasal dari Vietnam ini menikahi Theong awal tahun ini di Singapura.
Tujuan utama kawin kontrak ini adalah untuk menolong Tran mendapatkan izin tinggal di Singapura.
Mengikut peraturan di Singapura, seorang perempuan warga negara asing boleh memohon izin tinggal kepada pihak berkuasa Imigresen jika mengahwini lelaki tempatan.
Tran benar-benar sangat ingin tinggal di Singapura hingga harus menempuh cara nekad ini.
Sebagai pasangan "suami isteri", Theong dan Tran tidak pernah tinggal serumah, apalagi berlaku layaknya suami isteri. Mereka hanya akan bertemu di pejabat Imigresen jika Tran perlu memanjangkan izin tinggalnya.
Tentu saja, Theong tidak melakukan ini dengan percuma. Sebagai ganjaran, dia mendapat bayaran 5.300 dollar Singapura untuk setiap izin tinggal yang diperoleh Tran.
Namun, tanpa disedari, pihak berkuasa Imigresen menaruh kecurigaan. Dua bulan selepas perkahwinan, mereka dibekuk oleh aparat berwajib.
Kawin kontrak melanggar undang-undang Imigresen Singapura kerana dianggap memberikan maklumat palsu untuk mendapatkan kemudahan imigresen.
Awal tahun ini, Kerajaan Singapura memperkenalkan pasal baru yang dapat menjerat agen yang memudahkan proses kawin kontrak.
Tran dan Theong merupakan pasangan pertama yang dijerat dengan pasal kawin kontrak ini.
* Sumber kompas.com
SINGAPURA - Pemerintah Singapura mengambil tindakan tegas terhadap para pelaku kes kawin kontrak.

0 Merujuk kepada perkara diatas :
Catat Ulasan