GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Isnin, 27 Mei 2013

Mahkamah Tangguh Permohonan Jimmy 'Penjarakan Isteri'

Mahkamah memerintahkan Jimmy menfailkan affidavit sokongan daripada saksi berhubung permohonannya mendapatkan perintah tunjuk sebab terhadap bekas isterinya, Nursuhaila Ellia Suhaimy.
SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada Isnin tidak membenarkan permohonan pelakon dan pengacara, Jimmy Shanley bagi mendapatkan notis tunjuk sebab terhadap Nursuhaila Ellia Suhaimy berhubung keingkaran bekas isterinya itu terhadap perintah mahkamah berhubung hak penjagaan anak mereka, Zahrah Rania, 2 tahun.
Hakim Syarie, Mawardi Che Mat memerintahkan Jimmy selaku pemohon untuk memasukkan afidavit sokongan daripada saksi sebelum mahkamah mendengar permohonan tersebut.
Mawardi berkata, mahkamah mendapati terdapat pelanggaran pada tiga tempoh perintah yang dikeluarkan oleh mahkamah sebelum ini namun ia perlu disertakan dengan saksi bagi menyokong dakwaan yang difailkan oleh pemohon.
"Ada pelanggaran yang berlaku terhadap perintah mahkamah tetapi ia perlu disertakan dengan saksi bagi menyokong dakwaan yang dibuat terhadap responden," katanya.
Jimmy pada 7 Mei lalu memfailkan permohonan untuk mendapatkan perintah komital terhadap Nursuhaila bagi memenjarakan bekas isterinya itu atas dakwaan ingkar terhadap perintah mahkamah berhubung hak penjagaan anak mereka.
Nursuhaila.
Dalam afidavit yang difailkan, Jimmy mendakwa Nursuhaila gagal melaksanakan perintah yang dikeluarkan mahkamah yang sama pada 8 April lalu yang memutuskan dia diberi hak lawatan dan bermalam selama tiga hari setiap minggu dengan anaknya.
Jimmy dalam saman berkenaan menjelaskan Nursuhaila gagal berbuat demikian pada empat tempoh iaitu pada 9 hingga 11 April, 16 hingga 18 April, 23 hingga 25 April dan 30 hingga 2 Mei lalu.
Mawardi bagaimanapun meminta tarikh pertama iaitu 9 hingga 11 April dikeluarkan daripada permohonan kerana faktor Nursuhaila berada di luar negara bersama anak mereka ketika keputusan dibuat sehari sebelum itu.
"Mungkin pada ketika itu responden tidak mengetahui apa perintah mahkamah yang bakal dikeluarkan dan ketika itu responden telah pun berada di luar negara.
"Jadi saya melihat tarikh tersebut tidak relevan untuk dimasukkan dalam permohonan," jelasnya.
Mahkamah menangguhkan kes itu pada 25 Jun depan.
Dalam pada itu, peguam syarie kepada Jimmy iaitu, Mohd Noor Azian Md. Idrus ketika ditemui di luar mahkamah berkata, pihaknya akan mendapatkan kenyataan daripada abang dan kakak ipar kepada anak guamnya sebagai saksi.
Jelasnya, kedua-dua individu itu terlibat secara langsung dalam urusan mengambil Zahrah daripada bekas isteri Jimmy dan kenyataan mereka akan direkodkan dalam masa terdekat bagi menyokong permohonan yang difailkan.
Jimmy dan Nursuhaila telah mendirikan rumah tangga pada 1 Oktober 2010 di kediaman keluarga perempuan di Sunway Rahman Putera, Sungai Buloh.
Kedua-dua mereka mula tinggal berasingan sejak 21 Oktober 2010, iaitu 20 hari selepas bernikah sebelum bercerai pada 10 Oktober 2012.
* Sumber mStar Online

0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP