GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Selasa, 14 Mei 2013

Enam Pengikut Ajaran Sesat Mengaku bersalah Simpan Dokumen Langgar Syariat Islam


Beberapa orang pengikut ajaran sesat Tuhan Harun atau Tuhan 2013 dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah di Kuantan pada Selasa atas pertuduhan memiliki dokumen yang bercanggah dengan syariat Islam pada April lepas.-Foto BERNAMA
KUANTAN: Seramai enam pengikut ajaran sesat Tuhan Harun atau Tuhan 2013 yang dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah di sini ?Selasa mengaku bersalah atas pertuduhan memiliki dokumen yang bercanggah dengan syariat Islam pada April lalu.
Husin Ismail, Pius Anahong@Mahdi Abdullah, Mohd Khalilie Zazali, Syahiszam Soid, Mohd Nizam Mohd Salleh dan Mohd Shahril Mohd Jaafar didakwa melakukan kesalahan berkenaan di sebuah premis di B16-1st, Lorong Pandan Damai 2/201, Kuantan pada 6.50 petang, 4 April lalu.
Kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 165, Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM500.
Hakim Mahkamah Rendah Syariah, Abdul Wahid Md Ali Al-Fakwie menetapkan 27 Ogos untuk jatuh hukum berikutan wujud masalah teknikal pada barang bukti yang dirampas pada tarikh tertuduh ditangkap.
Mahkamah kemudian membenarkan kesemua tertuduh dilepaskan dengan jaminan RM1,000 tiap seorang dengan seorang penjamin.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Syarie Jabatan Agama Islam Pahang, Mohd Fahmi Abd Jalil.
 -BERNAMA (mStar Online)

0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP