GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Isnin, 27 Mei 2013

Hafizh Cipta Sejarah Naik Podium Moto2 Di Aragon

Penunggang Petronas Raceline Malaysia's Hafizh Syahrin Abdullah (kiri) mencipta sejarah sebagai rakyat Malaysia pertama menaiki podium perlumbaan Moto2 pada pusingan kedua 'Campeonato de Espana de Velocidad' di Motorland Aragon, Sepanyol, pada Ahad.
KUALA LUMPUR: Penunggang Petronas Raceline Malaysia, Hafizh Syahrin Abdullah mencipta sejarah sebagai rakyat Malaysia pertama menaiki podium perlumbaan Moto2 pada pusingan kedua 'Campeonato de Espana de Velocidad' di Motorland Aragon, Sepanyol, pada Ahad.
Permulaan yang lancar dengan jentera pada tahap terbaik, juara Cub Prix 2010 itu mengetepikan 35 pesaing pada Perlumbaan 1 untuk mencipta kemenangan sulung di tempat kedua dengan catatan masa 29 minit 27.524 saat, hanya 0.075 saat di hadapan pelumba Amerika Syarikat, Kenny Noyes di tempat ketiga (29'27.599s).
Penunggang Petronas Raceline Malaysia, Hafizh Syahrin Abdullah mencipta sejarah sebagai rakyat Malaysia pertama menaiki podium perlumbaan Moto2 pada pusingan kedua 'Campeonato de Espana de Velocidad' di Motorland Aragon, Sepanyol, pada Ahad
Pelumba Sepanyol, Roman Ramos menjuarai perlumbaan 15 pusingan itu dengan catatan 29'11.275s.
"Sukar untuk percaya saya akhirnya menaiki podium selepas melalui masa sukar ketika ujian masa tidak rasmi pada Jumaat dan pusingan kelayakan pada Sabtu kerana keadaan cuaca yang melampau.
"Saya berasa sangat gembira dan mengucapkan terima kasih kepada pasukan serta penaja yang memungkinkan semua ini berlaku," kata Hafizh Syahrin dalam kenyataan, di sini.
 - BERNAMA (mStar Online)


0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP