GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Rabu, 8 Mei 2013

Hot : Jimmy Shanley Mohon Penjara Bekas Isteri


Jimmy masih gagal mendapat hak bermalam dengan anaknya, Zahrah Rania.
PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara Jimmy Shanley menfailkan permohonan untuk mendapatkan perintah komital bagi memenjarakan bekas isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimi atas dakwaan ingkar terhadap perintah mahkamah berhubung hak penjagaan anak mereka, Zahrah Rania.
Akhbar Kosmo! melaporkan Jimmy atau nama sebenarnya Jimmy Shanley Norjahan Saleh, 32, menfailkan permohonan itu melalui peguam syarie, Mohd Noor Azian Md. Idrus di kaunter Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam pada Selasa.
Mahkamah Tinggi pada 8 April lalu memutuskan Jimmy diberi hak lawatan dan bermalam selama tiga hari setiap minggu dengan anaknya.
Jimmy bagaimanapun memberitahu masih gagal mendapat hak tersebut dan kecewa apabila tiga kali cubaannya mengambil anak tunggalnya itu untuk bermalam bersama tidak mendapat kerjasama daripada Nursuhaila.
"Apabila saya hendak ambil anak ada sahaja alasan yang diberikan oleh bekas isteri termasuk alasan berada di luar negara.
Nursuhaila menfailkan permohonan untuk menggantung perintah mahkamah dan kes itu akan disebut pada Khamis.
"Saya juga telah membuat tiga laporan polis berhubung perkara itu," katanya.
Mohd Noor Azian turut memberitahu, Nursuhaila telah menfailkan permohonan untuk menggantung perintah mahkamah dan kes itu akan disebut pada Khamis (esok).
Pada 8 April lalu, Hakim Syarie Mawardi Che Man membuat keputusan memberikan hak penjagaan penuh anak perempuan tunggal mereka itu kepada Nursuhaila.
Nursuhaila selaku plaintif memfailkan hadanah (hak jagaan anak) pada 18 Oktober 2011 namun Jimmy mengemukakan bantahan berhubung kelayakan bekas isterinya itu untuk menjaga anak mereka.
Jimmy dan Nursuhaila telah mendirikan rumah tangga pada 1 Oktober 2010 di kediaman keluarga perempuan di Sunway Rahman Putera, Sungai Buloh.
Kedua-dua mereka mula tinggal berasingan sejak 21 Oktober 2010, iaitu 20 hari selepas bernikah sebelum bercerai pada 10 Oktober 2012.
* Sumber mStar Online

1 Merujuk kepada perkara diatas :

suria lekatlekit 8 Mei 2013 pada 12:05 PTG  

dua2 pun macam bangang jer aku rasa. Anak dengan mak bapak takde istilah bercerai.. yg pompuan tu beriya sgt nak pisahkan anak dari bapak dia kenapa? Yg si bapak pula buat apa semua nak cerita kat media. Esok anak depa ni besar penuh dengan tekanan sebab perangai mak bapak yang ntah hapa2

Seram >>Ustaz Kazim nampak wajah orang menyihirnya dalam mimpi
Terbaik >>Pelanggan RHB dapat RM50 cash sempena hari ibu. Jom tengok
Hawa >>MALAYSIA SALE: Prada, Gucci, Coach, Burberry!! Diskaun sehingga 65%. tak tengok jangan menangis nanti
Tips>>Yang Suka Ber FB,Twitter,Whatsapp & tengok youtube kena tengok ni dulu
Terbaik >>Apa Yang Korang Belum Tahu Pasal Samsung Galaxy S4
Hot >>Awas!Ada Peniaga guna semula lidi sate

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP