Info : Latihan fizikal kurangkan sikap ganas
WASHINGTON: Latihan fizikal secara tetap boleh membantu mengurangkan sikap ganas di kalangan remaja perempuan, kata satu kajian terbaru.
Penyelidik dari Universiti Columbia melakukan analisis terhadap keputusan satu kajian pada 2008 membabitkan 1,312 pelajar di empat sekolah tinggi di bandaraya di New York untuk menentukan jika ada kaitan antara senaman berterusan dengan tingkah laku yang berkaitan dengan ganas.
“Ada keperluan bagi kaedah inovatif untuk mengenal pasti campur tangan penting dalam perkara ini dan mengurangkan beban yang dihadapi dalam masyarakat kita.”
Kajian termasuk soalan bagaimana kerapnya pelajar melakukan senaman, berapa banyak latih tubi yang mereka lakukan dan masa paling lama larian sejak empat minggu selain sama ada mereka bermain sukan berpasukan tahun sebelumnya.
– Agensi
0 Merujuk kepada perkara diatas :
Catat Ulasan