GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Jumaat, 31 Mei 2013

Isteri kelar dagu dan dada suami angkara Cemburu

Tawau: Akibat cemburu kerana mengesyaki suaminya mempunyai teman wanita, seorang isteri bertindak kejam apabila mengelar dagu dan dada suaminya ketika mangsa sedang tidur di rumah mereka di Taman Kinabutan Ria, Batu 5, Jalan Apas di sini, kelmarin.
Berikutan kejadian itu, mangsa berusia 55 tahun bekerja sebagai mekanik terpaksa dikejarkan ke Hospital Besar Tawau dan menerima 13 jahitan di dagu dan sembilan jahitan di dada.
Dalam kejadian jam 3.20 pagi itu, berlaku pertengkaran antara mereka apabila isteri mangsa berusia 54 tahun mengesyaki mangsa mempunyai teman wanita.
Selepas pertengkaran itu, mangsa masuk ke dalam bilik lalu tidur.
Isteri mangsa yang juga seorang suri rumah sepenuh masa berang dengan kejadian itu lalu bertindak mengambil sebilah parang di dapur dan menggelar dagu serta badan suaminya yang ketika itu nyenyak tidur. Anak mangsa yang menyedari kejadian itu kemudian meminta bantuan jiran sebelum menghubungi polis.
Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Awang Besar Dullah berkata, berdasarkan maklumat itu, sepasukan polis bergegas ke lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan dan mendapati mangsa terbaring dalam keadaan berlumuran darah sebelum dikejarkan ke Hospital Besar Tawau.
“Ketika itu, isteri mangsa cuba melarikan diri bersama parang yang digunakan ketika kejadian.
“Bagaimanapun, suspek berjaya diberkas di Taman Megah Jaya kira-kira tiga kilometer dari rumah mereka,” katanya, semalam.
Beliau berkata, siasatan awal polis mendapati suspek bertindak demikian kerana percaya suaminya mempunyai teman wanita selain mendakwa dia dikenakan jampi sehingga mengalami penyakit ganjil.
“Mangsa masih dirawat di Hospital Besar Tawau dan kini berada dalam keadaan stabil,” katanya.
Awang Besar berkata, suspek kini ditahan reman tujuh hari sehingga 4 Jun depan untuk membantu siasatan lanjut.
Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun jika sabit kesalahan.
* Sumber myMetro

1 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP