GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Jumaat, 24 Mei 2013

Keluarga Minta Bapa Afiq Muiz Tampil Selesai Masalah


Afiq menjelaskan berhubung ketegangan yang melanda antara dia dan ibunya. Foto IZZRAFIQ ALIAS
KUALA LUMPUR: Bapa Afiq Muiz iaitu Azman Shah Kader Ibrahim Shah, 52, di minta tampil menyelesaikan konflik keluarga antara pelakon itu dan ibu kandungnya, Hasliza Mohd, 48.
Datuk saudara Afiq iaitu Jalal Abidin, 64, menyifatkan Azman merupakan individu paling layak menjadi 'orang tengah' bagi menjernihkan kembali hubungan anak dan isterinya itu.
"Saya rasa, tiada orang lain yang dapat menyelesaikan masalah Afiq dan ibunya selain Azman sendiri.
"Jika sebelum ini bapa Afiq tidak munculkan diri dalam menyelesaikan masalah anak beranak, sudah tiba masanya dia berbuat demikian.
Jalal Abidin
"Tidak elok rasanya kes pergaduhan mereka berpanjangan, tambah pula ia sudah menjadi bahan berita media di luar sana," katanya yang ditemui pada sidang media khas yang diadakan di rumah keluarga Afiq di sini, Khamis.
Jalal dan Afiq serta beberapa anggota keluarga lain berkumpul pada sidang media itu bagi menjernihkan kembali kontroversi melibatkan Afiq meminta ibunya membuat permohonan maaf atas kenyataan media yang dibuat oleh wanita itu.
Terdahulu, mStar Online pada Selasa lalu membuat pendedahan eksklusif ibu kandung Afiq, 20, meluahkan rasa kecewa dan kesal terhadap perubahan pelakon itu sehingga digelar anak derhaka.
Afiq juga didakwa berubah sikap selepas berkawan rapat dan menjalinkan hubungan istimewa dengan pelakon baru Eina Azman, 18.
Bagaimanapun Afiq menafikan kenyataan ibunya itu menerusi sidang media pertama diadakannya sendiri dengan turut dihadiri Eina Azman.
Afiq berkata, ibunya tidak lagi menyayangi dia dan hanya mahukan duit daripadanya semata-mata.
Malah Afiq turut mempertahankan Eina yang disifatkannya menjadi mangsa keadaan dan Eina juga meminta Hasliza membuat permohonan maaf secara terbuka dalam tempoh seminggu bermula 14 Mei 2013.
Hasliza Mohd
Bagaimanapun tambah Jalal, dia berharap Afiq dan ibunya itu dapat menurunkan ego masing-masing dan memaafkan antara satu sama lain dan pada masa sama meminta Hasliza tidak lagi membuat sebarang kenyataan berhubung dengan anaknya itu.
"Cukuplah, jangan keruh-keruhkan keadaan lagi. Lihat apa yang dah jadi sekarang ini, seluruh keluarga mendapat kesan buruk daripada pandangan masyarakat.
"Sedih pun ya, malu pun ada, tetapi berfikirlah secara rasional demi kesejahteraan keluarga nanti," ujarnya.
Sementara itu, Afiq yang turut sama berada pada sidang media berkenaan bertegas mahu ibunya itu membersihkan nama dia serta menarik balik segala kenyataan buruk yang dilemparkan terhadap dirinya sebelum membuat keputusan untuk berdamai.
"Kerana kontroversi ini, habis terganggu semua kerja-kerja lakonan saya dan dengar cerita saya mungkin akan digam oleh pihak stesen televisyen.
"Malah setiap kali berada di keliling orang awam, saya dikutuk dengan panggilan anak derhaka.
"Kalau boleh saya mahu ibu saya menarik balik semua kenyataan yang dilemparkan terhadap saya, barulah saya akan meminta maaf kepadanya pula," tegas Afiq.
* Sumber mStar Online


2 Merujuk kepada perkara diatas :

suria lekatlekit 24 Mei 2013 pada 11:55 PG  

kau burukkan mak kau macam mana pulak?? sebab kau burukkan mak kau tu la kederhakaan ko makin menyerlah. statement mak ko tu rasanya tak effect sangat kalau ko tak buat pc kutuk mak ko macam2. dah tu sokong pulak orang nak saman mak ko. memang mak ko yg mulakan dulu.. tapi ko tak amik tindakkan bijak untuk tangani masalah tu.. kau still taknak mengalah even dengan mak sendiri. walau macam manapun ko tetap anak.. anak lelaki yg kena jaga mak bapak sampai mati bukan kena jaga mak bapak makwe sampai mati. buruk baik mak tetap mak takkan putus hubungan tu.

KISAH >>SAMPAI PENGSAN TENGOK CIKGU HENSEM
HANGAT >>AFIQ MUIZ TAK KISAH IBUNYA DI SAMAN?IENA AZMAN KATA IBU AFIQ TAK SIUMAN
Terbaik >>apakah yang dikejar oleh makhluk asing di sekitar Stuttgart?
Fuiyo >>Video!Akibat cuci kereta macam filem Porno
Jom Undi>>Kuasa Rakyat Malaysia Diperlukan lagi selepas PRU13.Jom Undi
HANGAT >>ANAK DERHAKA VS IBU DERHAKA

Tanpa Nama ,  25 Mei 2013 pada 10:16 PG  

bapaknya ni mana? kata ketua keluarga. handle la nak bini elok2.org lain plak yg bg statement smpai ke melodi bagai.

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP