GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Selasa, 28 Mei 2013

Sanggup sakit untuk cantik

Dua wanita berjalan berhampiran papan tanda yang mengiklankan pembedahan dagu di sebatang jalan di Seoul, Korea Selatan.

Seoul: Ketaksuban penduduk Korea Selatan terhadap pembedahan plastik sudah melepasi keghairahan mencantikkan mata dan hidung sebaliknya sanggup menempuh prosedur radikal yang memerlukan masa berbulan-bulan untuk sembuh daripada kesakitan. 

Senarai selebriti yang bercerita di televisyen bagaimana ia memberikan kehidupan baru kepada mereka, manakala iklan yang memuji manfaat kosmetik ada di mana-mana daripada papan tanda di tepi jalan sehingga stesen kereta api bawah tanah, majalah dan laman web popular. 

Namun, tiada apa yang menarik sebenarnya mengenai pembedahan rahang berganda. 


Prosedur radikal memulihkan kecacatan wajah kongenital di kalangan mereka yang tidak boleh mengunyah dengan sempurna itu membabitkan penyusunan semula rahang atas dan bawah. 

Hasil prosedur memotong tulang itu kerap menghasilkan rahang lebih nipis dan itu yang menarik perhatian industri kecantikan Korea Selatan. 

Wajah kecil dengan dagu berbentuk V dan rahang dianggap petanda kecantikan penuh feminin bagi kebanyakan penduduk Asia Timur itu, bersama-sama hidung mancung dan mata besar. 

Perubahan mendadak 
“Pembedahan ini mengubah suai penampilan anda lebih mendadak berbanding Botox atau prosedur hidung kerana ia mengubah keseluruhan struktur tulang muka. 

“Namun ia amat kompleks, pembedahan yang berpotensi bertukar menjadi bahaya. Agak mengganggu apabila melihat orang ramai yang tidak mempunyai kecacatan gigi berani mengharunginya semata-mata untuk memiliki wajah kecil dan cantik,” kata profesor pergigian di Universiti Kebangsaan Seoul, Choi Jin-Young. 

Prosedur yang membabitkan penggunaan bius dan mengambil masa berbulan untuk sembuh, memberi risiko komplikasi termasuk kebasatau lumpuh. 

Data daripada Persatuan Pakar Bedah Plastik Aestetik Antarabangsa, menunjukkan Korea Selatan mempunyai antara kadar perkapita tertinggi prosedur pembedahan plastik di dunia. 

Persaingan sengit di kalangan ramai pakar bedah plastik mendorong sebahagiannya mempromosikan prosedur lebih radikal yang tidak ditawarkan pakar lain. 

Selebriti dibayar doktor 

Sebilangan selebriti, sebahagiannya dilaporkan dibayar oleh doktor, menjalani pembedahan rahang berganda dan kemudian muncul di televisyen menyatakan ia adalah titik peralihan dalam kerjaya dan kehidupan peribadi mereka. 

Kajian baru-baru ini menganggarkan perangkaan tahunan pada kadar 5,000 tetapi ia tidak membezakan antara prosedur kosmetik dan perubatan. 


- Agensi (BH)


0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP