GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Khamis, 23 Mei 2013

Tak cukup tidur tingkat risiko serangan jantung, diabetes

Singapura: Menurut artikel dalam Annals, jurnal Akademi Perubatan Singapura, baru-baru ini, seorang daripada tiga individu di negara ini mendapat tidur yang sedikit hingga menjejaskan kesihatan.
Individu yang tidak dapat tidur secukupnya lebih terdedah kepada kegemukan dan diabetes serta masalah jantung.
Tidur yang tidak mencukupi juga meningkatkan kadar kemalangan kenderaan dan industri. Menurut Profesor Michael Chee dari pusat kognitif neurosains di Sekolah Sarjana Perubatan Universiti Nasional Singapura-Duke.
Chee yang menulis artikel itu memetik angka dari pelbagai kajian yang dilakukan di peringkat tempatan dan antarabangsa sejak sedekad lalu.
Satu kajian yang bakal diterbitkan dan dijalankan di sini mendapati individu yang tidur selama lima jam atau kurang mempunyai tahap kalsium atreri koronari yang tinggi yang meningkatkan risiko serangan jantung.
“Ia sudah diketahui di tempat lain, tetapi apabila anda melihatnya di kalangan masyarakat sendiri, ia membuatkan anda berfikir dua kali,” katanya.
Orang dewasa memerlukan tujuh hingga tujuh jam setengah waktu tidur. Paling kurang pun enam jam walaupun tempoh itu masih menjejaskan keseluruhan prestasi, kata Chee, seorang pakar neurologi yang sudah menjalankan kajian mengenai bagaimana kekurangan tidur boleh menjejaskan otak. 
- Straits Times 

0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP