GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Isnin, 3 Jun 2013

50 remaja sertai pesta liar ditahan

Sebahagian remaja yang ditahan oleh polis dalam serbuan ketika menyertai pesta liar di Port Dickson, malam kelmarin. - Foto Mohd Khidir Zakaria

Port Dickson: Polis menahan 50 remaja lelaki dan wanita berusia 17 hingga 27 tahun, termasuk seorang penuntut sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) kerana menyertai pesta liar di sebuah apartmen di sini, malam kelmarin.

Mereka berpesta dengan meneguk minuman keras dan mengambil dadah, sambil menari mengikut rentak muzik dalam apartmen tiga bilik yang disewa khas dengan bayaran RM750 satu malam. 

Serbuan 3 pagi 


Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Abd Wahab Harun, berkata serbuan dalam 3 pagi itu, pihaknya menahan 38 lelaki dan 12 wanita.

Katanya, kebanyakan mereka yang menyertai pesta itu datang dari Kuala Lumpur, Selangor dan Melaka.

"Sebanyak 27 remaja, termasuk lima wanita didapati positif dadah jenis ecstasy dan ditahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagihan Dadah. 

"Sebelas daripada mereka yang memiliki dadah akan didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 esok (hari ini) di Mahkamah Majistret Port Dickson," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson di sini, semalam. 


Alasan sambut hari jadi rakan

Abd Wahab berkata, siasatan pihaknya mendapati sebahagian besar remaja berkenaan, menipu ibu bapa mereka dengan memberi alasan keluar menyambut hari jadi rakan.

Katanya, itu kali pertama pihaknya mengesan aktiviti seumpama itu di dalam apartmen, selepas melumpuhkan pesta liar di pantai sebelum ini.


Sumber BH


0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP