GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Isnin, 10 Jun 2013

Anggota dua kumpulan Samseng bergaduh dalam balai polis ?

KUANTAN: Anggota dua kumpulan tunjuk 'samseng" apabila bergaduh dalam balai polis apabila ditahan dan dibawa ke balai untuk siasatan, yang sebelum itu terbabit dalam pergaduhan menggunakan parang dan kayu di sini semalam.
"Sebaik tiba di Balai Polis Karak kedua-dua kumpulan terbabit bertengkar semula sehingga berlaku tolak-menolak antara satu sama lain sehingga menyebabkan ketua balai, Sub Insp Nik Hamdan Mamat terjatuh selepas ditolak ketika cuba meleraikan pergaduhan," menurut jurucakap polis. 
Dalam pergaduhan antara kedua-dua kumpulan itu sebelum itu pada kira-kira jam 6.30 petang, tujuh lelaki daripada kedua-dua kumpulan itu mengalami kecederaan dan dihantar ke Hospital Bentong untuk rawatan, katanya ketika dihubungi hari ini. 
Katanya pergaduhan itu berlaku selepas dua lelaki berumur 19 dan 20 tahun yang dituduh mencuri besi buruk di sebuah premis di Karak oleh pekerja di premis itu telah memanggil sekumpulan rakannya untuk membantu mereka.
Polis yang tiba di tempat kejadian terpaksa melepaskan satu das tembakan amaran ke udara sebelum pergaduhan dua kumpulan itu berjaya dihentikan, katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bentong, Supt Mohamad Mansor Mohd Nor ketika dihubungi berkata polis telah menahan 31 suspek dalam kes pergaduhan itu dan mereka direman sehingga Khamis ini untuk membantu siasatan. 
- Bernama

0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP