GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Isnin, 17 Jun 2013

Berjalan 40,000 kilometer keliling dunia

Masahito Yoshida

SHANGHAI 16 Jun - Seorang lelaki Jepun, Masahito Yoshida berjaya mengelilingi dunia dengan berjalan kaki selama empat tahun.

Lelaki berusia 32 tahun itu memulakan misinya untuk mengelilingi dunia pada 2009 dengan bermula dari Shanghai, China.

Sejak itu, dia telah melakukan perjalanan sejauh kira-kira 40,000 kilometer di empat benua.

Yoshida melakukan aksi itu hanya kerana mahu mengelilingi dunia dan melihat keajaiban dunia.

Misi pertamanya ialah berjalan kaki ke Cape Roca, Portugal dengan melalui Asia Tengah dan Eropah sebelum berjaya sampai ke bandar itu pada Ogos 2010 selepas berjalan kaki sejauh 16,000 kilometer.

Dia kemudiannya melanjutkan perjalanan ke Amerika Syarikat (AS) menaiki pesawat dan menghabiskan masa lebih setahun untuk berjalan sejauh 6,000 kilometer dari Atlantic City, New Jersey ke Vancouver, Kanada.

Pada hujung 2011 pula, Yoshida melakukan penerbangan ke Melbourne, Australia dari Kanada dan berjalan ke Darwin sebelum ke Singapura dan kembali ke Shangai, China.

"Sepanjang ekspedisi ini, saya berdepan dengan beberapa insiden berbahaya, tetapi ia memberi kesedaran kepada saya bahawa masih ramai orang yang baik hati di dunia ini," katanya yang dipetik daripada laman web Oddity Central

- AGENSI


2 Merujuk kepada perkara diatas :

Admin 21 Jun 2013 pada 10:25 PG  

Assalamualaikum...

Pelbagai cara manusia untuk mendapat "nama" dan disanjung....

Kursus Affiliate

Ebook Rahsia Kuih Raya - Insya Allah boleh buat duit raya!

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP