Keluar 15,000 cakera padat p0rno sehari
Tweet
Sharjah: Jabatan Siasatan Jenayah Sharjah menangkap tiga warga Asia atas tuduhan menerbit, mempromosi dan menjual filem lucah dan kandungan berunsur pornografi.
Tertuduh yang menggunakan teknologi komputer menghasilkan cakera padat porno dalam jumlah yang besar dan kemudian mempromosi serta menjualnya di beberapa kawasan di Sharjah dengan menyasarkan golongan belum berkahwin.
Polis yang bertindak selepas dimaklumkan mengenai kegiatan berkenaan menjejaki seorang suspek di kediamannya di sebuah kawasan perindustrian.
Serbuan kemudian dilakukan dan polis menemui komputer, cakera padat, mesin pencetak serta salinan untuk menyalin dan menghasilkan filem porno.
Siasatan menunjukkan ketiga-tiga tertuduh menghasilkan sebanyak 15,000 salinan filem porno sehari.
Mereka mengaku melakukan perbuatan itu dan kes sudah dirujuk kepada pejabat pendakwa raya untuk tindakan lanjut.
- AFP





0 Merujuk kepada perkara diatas :
Catat Ulasan