GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Sabtu, 15 Jun 2013

Facebook perkenal butang hashtag

NEW YORK 14 Jun - Facebook kelmarin memperkenalkan perkhidmatan baharu iaitu butang hashtag kepada penggunanya.

Penggunaan hashtag telah digunakan secara meluas di Twitter dan laman perkongsian gambar, Instagram sebagai cara pengguna mendapatkan lebih maklumat tentang sesuatu perbincangan atau mengikutinya.

Pengguna Facebook sendiri turut mula menggunakan simbol itu dalam komen serta status mereka, tetapi masih belum boleh menggunakannya sebagai alat carian.

Namun, Facebook telah menjadikannya kenyataan dan pengguna laman sosial itu kini boleh menambahkan simbol hashtag pada perkataan atau frasa ke dalam pos mereka dengan pengguna lain boleh menekannya serta menggunakannya sebagai terma carian.

Perkataan atau frasa yang diletakkan simbol hashtag akan dipaparkan bersama senarai pengguna lain di seluruh laman tersebut yang turut menggunakannya atau membincangkan isu sama.

Sebagai contoh, apabila pengguna Facebook menonton satu rancangan popular televisyen seperti The Apprentice, mereka boleh menambah '#theapprentice' di akhir pos mereka.
Pengguna lain yang turut menonton rancangan sama atau yang belum menontonnya tetapi berminat untuk mengetahui apa yang berlaku, boleh menekan hashtag tersebut.

Setakat ini, kira-kira 20 peratus pengguna Facebook boleh menggunakan perkhidmatan baharu itu dan dijangka kesemua penggunanya boleh menggunakan ciri-ciri tersebut dalam tempoh beberapa minggu lagi. 

- AGENSI

0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP