GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Sabtu, 15 Jun 2013

Gara-gara nak Punggung besar

Miami Dade: Polis melancarkan siasatan selepas seorang wanita yang menjalani prosedur pembesaran dan pemejalan pinggul mati setelah menerima suntikan daripada seorang lelaki yang mendakwa dirinya doktor dari Venezuela.
Suyima Torres, 28, mati April lalu dan polis menganggap kematiannya sebagai kes bunuh berikutan pusat kesihatan yang dikunjungi mangsa beroperasi tanpa lesen. 
Suyima dilaporkan mengunjungi pusat kesihatan dan estetik Cuerpos untuk menjalani prosedur berharga AS$1,500 (RM4,686) di mana cecair kuning disuntik di kedua belah pinggulnya, menurut dokumen mahkamah. 

Beberapa minggu kemudian, dia menjalani satu pusingan suntikan lagi dan berasa pening sejurus selepas prosedur itu. Dia mati 10 jam kemudian.
Dia membayar $2,300 (RM 7,186) secara tunai untuk kedua-dua suntikan itu. Walaupun punca kematiannya tidak diketahui, polis menyifatkan ia sebagai pembunuhan.
Polis Miami Dade merampas rekod, perubatan dan komputer dari pusat kesihatan itu. Tiada dakwaan difailkan tetapi pihak berkuasa masih mengumpul maklumat lanjut daripada ahli keluarga suspek dipercayai terbabit dalam kes itu. Suspek dipercayai sudah melarikan diri meninggalkan negara berkenaan. 

“Kematian Suyima berlaku hanya 16 hari selepas Dailen Garcia, 20, mengatakan dia menerima suntikan pinggul di pusat sama sebelum menghadapi masalah penglihatan dan pendarahan di paru-paru. 

Dailen dirawat di unit rawatan rapi di hospital, lapor NBCMiami. 

Kes pembesaran dan pemejalan pinggul paling terkenal ialah yang membabitkan wanita yang mendakwa pakar kosmetik, Oneal Morris yang menyuntik ‘bahan toksik’ yang digunakan untuk menampal tayar dan gam Super Glue ke punggung pelanggannya. 

Seorang pelanggan Oneal maut selepas menerima suntikan serum toksik di pinggul, pinggang dan payudaranya. 

Shatarka Nuby, 31, adalah pesakit pertama Oneal mati kesan daripada prosedur itu. Dia sempat memberitahu rakannya, kawasan yang disuntik menjadi tegang dan panas. 

Oneal, 32, kini berdepan dengan beberapa tuduhan membunuh di Florida selepas pesakit lain mendakwa kesihatan mereka terjejas selepas dia menyuntik bahan kimia pada pinggul mereka. 

Oneal menjalankan rawatan itu di bilik hotel dan rumah pelangganya. 
- Agensi (myMetro)

0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP