GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Ahad, 16 Jun 2013

Info Kesihatan : Penghidap diabetes dinasihat tidak ambil pil perangsang

Ipoh: Lelaki yang menghidap penyakit diabetes atau kencing manis dinasihatkan tidak mengambil pil rangsangan seks haram berikutan ia hanya menambah masalah ‘mati pucuk’ selain risiko kematian mengejut.
Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Penguat Kuasa Farmasi (BPF) Kementerian Kesihatan (KKM) Mazlan Ismail berkata, ramai lelaki negara ini tidak menyedari masalah lemah syahwat dihadapi berpunca daripada penyakit diabetes tanpa merujuk masalah itu kepada doktor.
Menurutnya, golongan ini mudah terpengaruh dengan kehebatan iklan pelbagai produk seks haram sebelum mencubanya tanpa mendapatkan nasihat doktor.
“Bagaimanapun, pil atau ubat rangsangan seks haram ini hanya menambah kemudaratan apabila pesakit yang menghidap penyakit diabetes mengalami kesan sampingan.
“Mereka sepatutnya berjumpa doktor bagi menjalani rawatan kesihatan dan memulihkan penyakit kencing manis yang menjadi punca gejala mati pucuk,” katanya.
Menurutnya, pengambilan ubat-ubatan seks haram tidak akan menyelesaikan masalah itu jika penyakit diabetes dialami tidak disembuhkan terlebih dulu.
“Penurunan keghairahan seks boleh diatasi sebaik masalah penyakit diabetes pulih. Perkara ini yang perlu diketahui lelaki yang rata-ratanya tidak menyedari punca masalah seksual dihadapi.
“Ramai lelaki tidak sedar ubat-ubatan seks ini berbahaya kerana mengandungi analog sildenafil iaitu sejenis bahan kimia yang boleh menyebabkan kematian mengejut,” katanya.
Menurutnya, BPF setakat ini merampas pelbagai produk seks haram bernilai RM18 juta antara Januari hingga September lalu.
“Saya dapati pengedar dan penyeludup ubat seks haram cuba mengelirukan pihak berkuasa dengan pelbagai taktik, antaranya menukarkan warna pil atau kapsul selain kotak produk.
“Mungkin produk ubatan seks berbentuk bebola kecil ini sukar dikesan dan memudahkan ia dibawa ke mana-mana untuk dijual kepada orang ramai,” katanya.
Mazlan turut meminta golongan lelaki tidak mudah terpedaya dengan iklan memaparkan kehebatan dan keberkesanan ubat-ubatan seks dalam mengukuhkan ikatan suami isteri.
Sementara itu, Pakar Sakit Tuan Hospital KPJ Ipoh, Dr Kalidasan Govindan berkata, sukar mengesan jenis kandungan bahan kimia beracun di dalam produk rangsangan seks haram berikutan ia sengaja diadunkan bersama pelbagai bahan rangsangan lain.
“Tidak dinafikan, kebanyakan produk ubat-ubatan rangsangan seks yang dibeli pada harga murah mengandungi bahan kimia berat dan beracun yang mudah ditemui, terutama pada produk yang diseludup dari luar negara,” katanya.
* Sumber myMetro

0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP