Manusia berotak Zombie
Tweet
London: Graham Harrison, 57, yakin dia sudah mati walaupun gagal dalam cubaan membunuh diri.
Keyakinan itu begitu mendalam sehingga dia menghabiskan masa sembilan tahun berkeliaran di tanah perkuburan.
Dia percaya otaknya sudah hangus selepas cuba membunuh diri dengan kejutan elektrik walaupun masih bernafas.
Doktor mengesahkan dia menghidap sindrom Cotard atau dikenali sebagai sindrom mayat hidup penyakit yang paling jarang ditemui di dunia.
Hanya ratusan orang di dunia menghidap penyakit berkenaan yang menyebabkan mereka percaya bahawa mereka sudah mati, atau bahagian tubuh mereka tidak lagi berfungsi dan sering mati akibat kebuluran kerana merasakan mereka tidak perlu lagi makan.
Harrison, bekas kontraktor bekalan air dari Exeter, Devon yang sedar selepas cuba membunuh diri hairan kerana masih boleh bercakap selepas yakin tidak lagi mempunyai otak.
HARISON percaya otaknya sudah hangus selepas cuba membunuh diri dengan kejutan elektrik walaupun masih bernafas.
“Saya betul-betul terganggu. Saya tidak tahu bagaimana saya boleh bercakap atau melakukan perkara lain tanpa otak kerana setahu saya, saya tidak lagi memilikinya.
“Otak saya benar-benar kosong. Saya tidak dapat mengingat sebarang maklumat. Saya tidak gembira melakukan apa saja.
“Saya hilang deria bau dan rasa. Tiada gunanya makan kerana saya sudah mati. Buang masa saja bercakap kerana tidak ada apa yang hendak dibualkan,” katanya.
Kemuncak kejadian muncul apabila dia merasa perlu pergi ke tanah perkuburan kerana merasakan hanya tempat itu saja yang sesuai untuknya.
“Saya hanya merasakan saya patut tinggal di sana. Ia tempat paling dekat kepada kematian,” katanya.
Doktor yang bingung membantu Harrison berhubung dengan ahli neurologi, Adam Zeman dan Steven Laurey. Proses pemulihan Harrison bermula selepas pemeriksaan imbasan mendapati tahap aktiviti otaknya sangat rendah, hampir menyamai otak orang yang sudah tidak berfungsi.
“Fungsi otak Harrison menyerupai seseorang yang tidur atau diberikan ubat bius.” Selepas beberapa tahun rawatan psikoterapi Harrison pulih.
“Saya tidak lagi merasakan otak saya sudah mati sekarang.
“Saya tidak kata yang saya sudah benar-benar kembali normal, tetapi berasa lebih baik sekarang,” katanya.
- Daily Mail (myMetro)
0 Merujuk kepada perkara diatas :
Catat Ulasan