GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Selasa, 4 Jun 2013

Pelakon menghidapi barah tekak akibat s3ks 0ral ?

London: Pelakon veteran Hollywood, Michael Douglas, mempersalah gaya hidup seksnya sebagai punca mendapat tumor barah di tekaknya tiga tahun lalu. 

Pelakon berusia 68 tahun itu juga menegaskan, ia bukan disebabkan minum arak atau merokok. 


Akhbar Britain, The Guardian, semalam, mendedahkan pandangan aktor itu yang memegang watak Liberace dalam filem terbarunya Behind The Candelabra. Tanpa perlu memberi penjelasan jelas, barah itu berpunca daripada HPV (human papillomavirus) disebabkan oleh seks oral. 

Jangkitan kuman 

Saya khuatir juga ia mungkin disebabkan tekanan selepas anak lelaki saya dipenjara tetapi memang benar barah itu disebabkan jangkitan kuman menerusi seks. 

Atas sebab itu juga, saya menganggapnya sebagai ubat terbaik (supaya mengelakkan perbuatan itu), kata Douglas. 

Anak lelakinya, Cameron dihukum penjara 10 tahun kerana memiliki dan mengedar dadah. 


Pemenang Oscar dua kali itu mendedahkan pada 2010 beliau menghidapi barah tahap empat tetapi berjaya mengatasinya menerusi program kemoterapi dan radioterapi. 


Saya perlu sentiasa jalani pemeriksaan, sekali setiap enam bulan tetapi sekarang sudah dua tahun sihat. Barah seperti ini biasanya 95 peratus tidak akan berulang, katanya. 

Kaji selidik Fakulti Odontologi Universiti Malmo, Sweden, dan laporan Jurnal Perubatan New England membayangkan kaitan antara seks oral dan barah tekak. 

HPV punca kanser rahim 

Jangkitan HPV juga punca 99 peratus kanser rahim, lapor kajian Perkhidmatan Kesihatan Britain. 

Douglas berkahwin dengan aktres Wales, Catherine Zeta-Jone yang memenangi Oscar bagi filem Chicago. 


-AFP



0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP