GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Khamis, 18 Julai 2013

Janda anak 1 ditelanjangkan Jiran

imej google

Kuala Lumpur: Akibat cemburu buta, seorang wanita membelasah dan membogelkan seorang janda anak satu yang juga jirannya atas dakwaan mempunyai hubungan sulit dengan suaminya dalam kejadian di rumah majikan mangsa di Jinjang, petang kelmarin.

Dalam kejadian jam 6 petang itu, mangsa berusia 33 tahun dan bekerja sebagai pembantu rumah didatangi seorang wanita yang juga jirannya sebelum menarik keluar mangsa dari rumah majikan itu.

Mangsa yang mahu dikenali sebagai Sarah berkata, dia yang terkejut dengan kunjungan tidak disangka jirannya itu tidak dapat melawan berikutan tindakan agresif wanita itu.
Menurutnya, dia turut dibelasah dengan penyapu dan batang paip di kepala sambil wanita itu terus mendakwanya menjalin hubungan sulit dengan suaminya.

“Tidak cukup dengan itu, saya dibogelkan di hadapan anak dengan menarik baju dan seluar saya bertujuan memeriksa sama ada ada tanda saya pernah mengadakan hubungan kelamin,” katanya.

“Saya malu diperlakukan begitu dan cuba melawan namun wanita itu menjadi lebih agresif apabila menumbuk hidung malah meletakkan pisau di leher sebelum memaksa mengaku pernah menjalin hubungan sulit dengan suaminya,” katanya.

Menurutnya, meskipun dia menyatakan tidak pernah menjalin hubungan mesra mahupun sulit dengan suami wanita itu, dia tidak dilepaskan begitu saja dan akhirnya dia mengajak wanita itu ke balai polis untuk menyelesaikan perkara itu.

* Sumber


1 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP