GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Selasa, 30 Julai 2013

Kekasih Sengkek pukul teman Wanita

Kuala Lumpur: Seorang janda beranak dua berusia 42 tahun cedera di badan dan kepala selepas dibelasah teman lelakinya dalam kejadian di kawasan perumahan di Pantai Dalam, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 10 malam itu, janda terbabit bukan saja diterajang malah kepalanya dihentak dengan topi keledar oleh teman lelakinya yang berusia awal 30-an. Tambah malang, dua tangan mangsa dicucuh dengan puntung rokok. Menurut sumber, teman lelaki bertindak kerana berang mangsa enggan memberikannya wang.
Beliau berkata, sebelum kejadian, mangsa dan teman lelakinya itu bersembang di taman berhampiran rumahnya.
“Teman lelakinya meminta wang daripada mangsa bagi membeli baju raya. Namun mangsa mendakwa tidak mempunyai wang.
“Mangsa menegur teman lelakinya itu supaya tidak terlalu bergantung kepadanya setiap kali mahukan wang kerana dia perlu membesarkan dua anak lelakinya yang masih bersekolah,” katanya.
Sumber itu berkata, teguran mangsa menyebabkan mereka bertengkar lebih 10 minit.
“Teman lelaki mangsa yang hilang pertimbangan mencapai topi keledar sebelum menghentak kepala mangsa beberapa kali. Mangsa yang terjatuh kemudian dipijak di perut.
“Kedua-dua tangan mangsa dicucuh dengan puntung rokok,” katanya.
Teman lelaki mangsa hanya berhenti memukul mangsa apabila melihat beberapa penduduk sekitar menghampiri mereka selepas mendengar jeritan janda berkenaan.
Katanya, lelaki itu meninggalkan kawasan berkenaan manakala mangsa membuat laporan di Balai Polis Pantai di sini.
Mangsa yang cedera di tangan, kepala dan badan dirawat di hospital berhampiran.
Difahamkan, mangsa mendakwa sering dipukul lelaki terbabit sekiranya tidak memberikannya wang namun sebelum ini tidak tampil membuat laporan polis kerana mencintai lelaki itu.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Muhamad Azlee Abdullah ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.
Sumber myMetro

0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP