GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Isnin, 29 Julai 2013

Pegawai polis didapati bersalah lakukan jenayah seksual

imej google
Kota Bharu: Seorang pegawai polis berpangkat Cif Inspektor dijatuhi hukuman penjara 14 tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen, di sini, selepas didapati bersalah terhadap tuduhan memaksa seorang remaja perempuan berusia 15 tahun melakukan seks oral dan mencabul mangsa, empat tahun lalu.
Hakim Azman Mustapha membuat keputusan itu terhadap Ishak Mahmud, 49, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.
Ishak didapati bersalah memaksa remaja itu melakukan seks oral dalam sebuah kereta peronda polis Proton Perdana di Kampung Air Terjun Bentagor, Pasir Puteh, pada jam 2 pagi, 2 Oktober 2009.
Dia turut menggunakan kekerasan jenayah dengan niat mencabul kehormatan remaja terbabit pada waktu, tarikh dan tempat sama.
Bagi tuduhan pertama mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan, Ishak dijatuhi hukuman penjara 14 tahun dan lima sebatan manakala bagi tuduhan kedua pula, dia dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan lima sebatan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada seksaan itu.
* Sumber myMetro

1 Merujuk kepada perkara diatas :

Unknown 29 Julai 2013 pada 12:52 PG  

Rosak, rosak nama dan jabatan!

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP