Polis Siar Gambar Suspek Bunuh Hussain Najadi
Tweet
KUALA LUMPUR: Polis telah mengenal pasti suspek utama di sebalik pembunuhan kejam pengasas bank, Hussain Ahmad Najadi.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata, lelaki itu, yang dikenali sebagai Sei Ngan Chai, dipercayai masih berada di ibu negara.
Ku berkata polis telah mengeluarkan satu gambar CCTV suspek.
Polis turut menahan seorang pemandu teksi berusia 44 tahun, yang memandu kenderaan tersebut untuk suspek.
Pada Selasa, polis berjaya mendapatkan gambar suspek dari rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berhampiran Lorong Ceylon dan Tokong Kuan Yin.
Pada petang Isnin, Hussain Najadi sedang berjalan ke arah kereta dengan isterinya di Jalan Ceylon, Kuala Lumpur selepas berunding mengenai urusan perjanjian tanah di tokong berkenaan.
Seorang lelaki kemudiannya datang dari arah belakangnya dan melepaskan beberapa das tembakan ke arah mangsa.
Mangsa rebah dan meninggal dunia di tempat kejadian manakala isterinya, rakyat Malaysia, Cheong Mei Kuen, 49, cedera di bahagian lengan.
Lelaki itu kemudiannya melarikan diri menaiki teksi yang sedang sedia menunggunya.
* Sumber mStar Online
0 Merujuk kepada perkara diatas :
Catat Ulasan