GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Selasa, 13 Ogos 2013

10 Negara yang sangat istimewakan kaum wanita

Perbedaan perempuan dalam bidang politik di Australia kelihatan dengan diangkatnya Julia Gillard sebagai perempuan pertama yang menjadi Perdana Menteri di negara tersebut.

Tahukah anda bahawa di Iceland, kelab malam yang memaparkan penari perempuan tanpa busana dilarang beroperasi? Di Sweden, ada peraturan perundangan yang mengatur perlindungan terhadap penjagaan kanak-kanak. Bandingkan dengan 297 juta perempuan dewasa dan anak-anak perempuan Afrika yang kekurangan akses kebersihan sehingga 107 juta di antara mereka bahkan tidak mampu ke tandas sama sekali (hasil kajian WaterAid untuk memperingati World Toilet Day pada 19 November 2012).

Di beberapa negara, perempuan mungkin masih berusaha keras untuk memperjuangkan haknya. Namun, 10 negara di bawah ini melayan perempuan dengan istimewa sehingga perempuan mendapatkan banyak keuntungan.

1. Iceland. Negara ini sangat peduli dengan nasib perempuan, bahkan menjadi satu-satunya negara yang melarang adanya penari perempuan tanpa busana di kelab malam. Ini dilakukan sebagai perlindungan terhadap hak-hak perempuan, bukan kerana alasan agama.

Februari lalu negara ini juga sedang mempertimbangkan akan mengawal sensor, atau bila perlu melarang pornografi di internet atas alasan menjadikan perempuan sebagai objek. Negara ini juga dipimpin oleh perempuan, bahkan lebih dari separuh anggota parlimennya perempuan. Itu sebabnya negara ini dianggap paling feminis di dunia.

2. Finland. Dalam indeks Global Gender Gap Index, Finland termasuk salah satu yang paling memihak pada hak-hak perempuan. Bukan hanya persamaan jantina yang diusung dalam aturan undang-undang, melainkan juga ada "Equality Act on Equality between Women and Men". Cuti melahirkan boleh mencapai 263 hari, atau hampir kira-kira sembilan bulan. Di negara ini Siswazah sarjana perempuan meningkat, dan beberapa di antaranya Siswazah matematik dan komputer yang boleh disebut dunianya kaum lelaki.

3. Sweden. Negara ini paling peduli dengan pendidikan dan bantuan untuk anak bagi perempuan. PBB bahkan meletakkan negara ini sebagai salah satu negara perintis dalam persamaan jantina. Cuti untuk perempuan melahirkan mencapai 69 minggu. Boleh dibilang sangat fleksibel dan toleran terhadap ibu hamil. Hal ini diperkuat lagi dengan adanya kementerian khusus, Ministry of Integration and Gender Equality dan Secretariat of Gender Research.

4. Norway. Menjadi satu-satunya negara yang meloloskan "gender equality" dalam peraturan perundang-undangan. Pendapatan perempuan di negara ini juga termasuk paling besar, serta 40 peratus anggota parlimennya adalah perempuan. Kemudahan dan keberpihakan kepada perempuan hamil juga terdapat di negara ini.

5. New Zealand. Negara ini yang pertama memberi kesempatan kepada perempuan untuk punya suara dalam pemilihan umum. Bahkan, kedudukan tertinggi di negara ini pada tahun 2000 dari mulai ratu, gabenor, perdana menteri, hingga ketua parlimen, dipegang oleh perempuan. New Zealand juga dianggap sebagai salah satu negara yang paling berfikir maju dan berpihak kepada perempuan.

6. Inggeris. Di bidang pendidikan, jumlah perempuan yang menempuh pendidikan tinggi cukup besar. Begitu juga dengan bantuan untuk perempuan hamil dan ibu tunggal.

7. Kanada. Perempuan mendapat peluang besar dalam dunia politik dan pemerintahan. Selain itu, ada insiden menarik berkaitan perempuan berpakaian seksi. Salah seorang polis Toronto, Michael Sanguinetti, pernah mengatakan bahawa perempuan mestinya mengelakkan pakaian terbuka kerana mengundang rogol. Kenyataan ini mendapat tudingan keras, dan akhirnya diluruskan bahawa rogol bukan bergantung dari cara berpakaian si perempuan, tapi dari (niat buruk) perogol itu sendiri. Kanada disebut sebagai salah satu yang sampai saat ini punya komitmen agar perempuan mendapatkan perlakuan yang sama dengan lelaki.

8. Amerika Syarikat. Di negara ini, perempuan mendapat akses yang sama dengan lelaki, baik dalam bidang pendidikan, perniagaan, maupun politik. Rata-rata perempuan juga boleh menjadi pucuk pimpinan atau petinggi syarikat.

9. Belanda. Emansipasi wanita di negara ini cukup ketara, termasuk hak perempuan dalam orientasi seksual sebagai lesbian. Ada dasar yang menyatakan persamaan dalam bidang pendidikan, pendapatan, hingga membuat keputusan, dan tentunya terlibat dalam dunia politik.

10. Australia. Agenda tenaga kerja perempuan, kesihatan, dan pemberdayaan perempuan di negara ini terus berkembang. Negara ini mengangkat Julia Gillard sebagai perempuan pertama yang menjadi perdana menteri. Banyak peluang terbuka besar bagi perempuan untuk berkiprah dan menikmati pelbagai perlakuan istimewa di negara ini.

Sumber kompas.com


0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP