GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Selasa, 13 Ogos 2013

Insiden Di Surau Kota Tinggi, Ketua Sami Buddha Mohon Maaf

PETALING JAYA: Ketua Sami Buddha Malaysia Datuk K Sri Dhammaratana pada Selasa memohon maaf kepada umat Islam di atas tindakan penganut fahaman Buddha yang menggunakan sebuah surau di Johor untuk melakukan upacara keagamaan.
Dalam satu kenyataan ringkas, Sri Dhammaratana menyatakan rasa kesal berhubung insiden itu dan meminta penganut fahaman itu untuk menjadi lebih prihatin terhadap sensitiviti agama lain.
"Kami ingin memohon maaf kepada umat Islam di atas tindakan sekumpulan penganut Buddha dari Singapura kerana mengadakan upacara keagamaan di dalam surau sebuah resort di Kota Tinggi.
"Saya menasihatkan penganut Buddha di Malaysia dan Singapura supaya menghormati sensitiviti agama lain ketika melakukan upacara keagamaan mereka," katanya.
Kenyataan itu dikeluarkan berikutan sebuah video yang menunjukkan sekumpulan penganut Buddha yang diketuai oleh seorang sami melakukan upacara keagamaan di dalam surau tersebar di laman sosial.
Polis telah menahan pemilik resort di Tanjung Sedili Besar untuk membantu siasatan.
Lelaki yang berusia 45 tahun itu merupakan warga Singapura dengan status permaustatin tetap (PR) Malaysia yang dikenali sebagai Ahmad ditahan pada Isnin di resort tersebut.
Kes itu disiasat di bawah Seksyen 295 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan atau mencemarkan tempat ibadat dengan niat untuk menghina mana-mana agama.
Sumber 

0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP