Kanak-Kanak Perempuan Lima Tahun Didera Dengan Kejam Kini di ICU
Tweet
IPOH: Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun dipercayai didera dengan dipukul dengan kejam oleh ibunya di Taman Wang, Menglembu, kini dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah hospital di sini.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata doktor di Hospital Raja Permaisuri Bainun telah membuat laporan polis berhubung insiden berkenaan pada petang Jumaat.
Beliau berkata terdapat kesan calar dan dipukul pada seluruh tubuh dan kepala kanak-kanak berkenaan.
"Dia kini di rawat di IVU. Siasatan berhubung perkara ini sedang dijalankan," katanya.
Sumber mStar Online
0 Merujuk kepada perkara diatas :
Catat Ulasan