Lelaki minta hutang mati ditikam
Tweet
ANGGOTA polis mengangkat mayat mangsa yang ditikam oleh rakannya. FOTO Bernama
MELAKA: Seorang lelaki berusia 49 tahun mati ditikam ketika cuba meminta hutang daripada kenalannya di sebuah rumah di Jalan Zahir 19, Taman Malim Jaya, di sini, hari ini.
Difahamkan dalam kejadian 9.10 pagi itu mangsa, Chong Piang Fong, ditikam suspek berusia 25 tahun di bilik utama rumah berkenaan sebelum rebah di hadapan pintu pagar rumah bersebelahan.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Superintendan PR Gunarajan berkata, sebelum kejadian mangsa datang ke rumah dihuni empat individu termasuk suspek untuk meminta hutang lama dengan membawa sebatang kayu.
"Bagaimanapun berlaku pergaduhan sebelum suspek menikam mangsa menggunakan pisau di bilik utama rumah berkenaan.
"Bagaimanapun berlaku pergaduhan sebelum suspek menikam mangsa menggunakan pisau di bilik utama rumah berkenaan.
"Suspek berusia 25 tahun yang juga bekas tahanan ordinan darurat berjaya ditahan berhampiran sebuah hotel di Limbongan jam 10.50 pagi," katanya.
Sumber myMetro
0 Merujuk kepada perkara diatas :
Catat Ulasan