GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Selasa, 13 Ogos 2013

Pemilik Resort Benarkan Penganut Buddha Guna Surau Direman Empat Hari


PEMILIK resort (tengah) diiringi anggota polis ketika hadir ke mahkamah bagi mendapatkan perintah reman di Mahkamah Sesyen/Majistret Kota Tinggi bagi kes surau yang dijadikan tempat upacara keagamaan di surau Tanjung Sutera Resort, Kampung Sedili Besar, Kota Tinggi

KOTA TINGGI: Pemilik resort di Tanjung Sedili Besar di sini, yang membenarkan sekumpulan penganut Buddha untuk menjalankan upacara keagamaan dalam surau, telah ditahan reman selama empat hari.
Beliau dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada kira-kira 9.30 pagi Selasa, di hadapan pendaftarmahkamah Hairul Azhar Mohamad yang membenarkan perintah reman sehingga Jumaat.
Lelaki yang berusia 45 tahun itu merupakan warga Singapura dengan status permaustatin tetap (PR) Malaysia, ditahan pada petang Ahad di Tanjung Sutera Resort, 40 kilometer dari sini.
Polis berkata, kejadian itu disiasat di bawah Seksyen 295 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan atau mencemarkan tempat ibadat dengan niat untuk menghina mana-mana agama.
Sumber


0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP