GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Khamis, 15 Ogos 2013

Polis kenal pasti kawasan persembunyian Penjawat Awam pukul Isteri


Gambar sumber dari facebook

Bukit Mertajam, 15 Ogos - Polis telah mengenal pasti kawasan persembunyian penjawat awam yang menghilangkan diri selepas rakaman CCTV yang menunjukkan dia membelasah isterinya di dalam lif tersebar di laman web sosial.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC Mazlan Kesah berkata polis juga mendapat beberapa maklumat terkini mengenai lelaki berusia 36 tahun yang bertugas di Jerantut, Pahang itu.

"Berdasarkan maklumat yang diperoleh, lelaki itu dipercayai bersembunyi di sebuah negeri tetapi bukan di Pulau Pinang atau Pahang dan pasukan kita hanya menunggu masa untuk menahannya.

"Kami percaya dapat menyelesaikan kes itu dalam tempoh terdekat," katanya kepada pemberita selepas mengadakan program kepolisan berprofil tinggi di sebuah rumah mangsa samun di Kampung Belah Dua, di sini hari ini.

Rakaman CCTV yang dimuat naik dan disebar secara meluas dalam Facebook dan YouTube itu menunjukkan suspek menumbuk isterinya sehingga kepalanya terhantuk, memijak cermin mata isterinya yang terjatuh, menampar dan menendang mangsa
beberapa kali dalam sebuah lif hospital swasta di Bukit Mertajam dekat sini.

Insiden itu turut diperhatikan dua anak kecil pasangan itu yang masing-masing berusia empat dan lima tahun.

Mazlan berkata polis telah menjalankan siasatan kes itu selepas wanita berusia 36 tahun berkenaan membuat laporan polis pada pukul 4.40 Isnin lepas.

"Saya minta pihak yang mendakwa polis tidak menjalankan siasatan supaya hentikan tomahan itu, kami jalankan siasatan menurut Seksyen 323 Kanun Keseksaan selepas mangsa membuat laporan polis," katanya.

Sementara itu, Mazlan berkata beliau melawat mangsa samun Fatimah Che Din, 64, hari ini untuk memaklumkan perkembangan kes itu kepada wanita berkenaan.

Dalam kejadian 2 Ogos lepas, Fatimah yang tinggal seorang diri di rumah selepas suaminya Razali Md Rejab, 67, keluar solat Jumaat berhadapan detik mencemaskan apabila disamun seorang lelaki bersenjatakan parang di rumahnya pada pukul 1.45 petang.

Mazlan berkata lelaki itu meluru masuk dan meletakkan parang di leher mangsa serta mengikat tangan, menutup mulut dengan kain sebelum melarikan diri dengan motosikal setelah merampas seutas rantai leher dan gelang tangan bernilai RM7,000.

Polis berjaya mengesan perompak terbabit setelah menemui beg yang dipercayai milik suspek dalam rumah mangsa dan lelaki berusia 20 tahun itu merupakan penuntut sebuah institusi pengajian tinggi awam di Johor yang sedang mengikuti latihan pratikal di Bandar Perda, di sini sejak dua bulan lepas.

- BERNAMA


0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP