SKMM akan siasat dua laman Facebook dilapor jual Senjata Api
Tweet
imej google
KUCHING - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan menyiasat laporan bahawa wujud dua laman Facebook yang dilapor menjual senjata api secara online di negara ini.
Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM), Datuk Seri Kamaruddin Siaraf berkata, pihaknya memandang serius laporan tersebut, memandangkan kes itu juga mungkin membabitkan kesalahan di bawah Akta Senjata Api.
"(SKMM) akan menyiasat lebih lanjut mengenainya mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Jika benar ada pelanggaran undang-undang, SKMM akan membuat tindakan susulan termasuk mengemukakan kertas pendakwaan kepada Pejabat Pendakwaraya,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Hari Raya Aidilfitri Kementerian Komunikasi dan Multimedia di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan mengenai dua laman Facebook yang didakwa menawarkan pelbagai senjata api antaranya pistol, revolver dan refal AK-47, E&C M16A4, airsoft gun Tercel M1911 serta S&T Mosin Nagant Gas Rifle (Real Wood).
- Bernama
0 Merujuk kepada perkara diatas :
Catat Ulasan