GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Jumaat, 4 Oktober 2013

INFO KESIHATAN : KENALI PENYAKIT ANDA DARI PERUBAHAN KUKU


INFO KESIHATAN

KENALI PENYAKIT ANDA DARI PERUBAHAN KUKU

Kuku adalah bahagian dari tubuh yang dapat membantu mengetahui keadaaan kesihatan seseorang. Kuku yang sihat biasanya berwarna merah jambu dengan permukaan mengkilat.

Anda perlu waspada jika muncul perubahan-perubahan seperti bercakbercak putih atau warna kekuningan, kerana ia menjadi pertanda adanya gangguan kesihatan.

Perubahan lain seperti warna kuku yang pucat, memutih, kebiruan atau bentuk kuku yang bergelombang juga menunjukkan wujudnya masalah di dalam tubuh. Sejumlah penyakit yang menyerang hati, paru-paru,dan jantung juga dapat terlihat dari perubahan pada kuku.

Berikut ini adalah beberapa tanda pada kuku yang perlu diketahui :

1-Kuku Pucat

Keadaan ini adalah normal apabila usia meningkat. Walaubagaimanapun, kadang kala kuku yang pucat juga merupakansimptom kepada penyakit berikut anemia, “congestive heart failure”,diabetes, kegagalan hati dan kekurangan zat makanan.

2. Kuku Berwarna Putih
Hampir keseluruhan kuku berwarna putih dengan bingkai kuku lebih gelap menandakan masalah hati seperti hepatitis. Dalam gambar ini jari menjadi 'jaundiced' atau kekuningandisebabkan masalah hati.

3– Kuku Kekuningan
Antara penyebab kuku menjadi kuning ialah jangkitan fungus. Dalam keadaan di mana jangkitan sudah menjadi teruk, lapisan kuku mungkin tertarik (retracted), kuku semakin menebal, pecah serta hancur.
Dalam kes terpencil pula, kuku menjadi kuning merupakan tanda kepada keadaan keadaan serius seperti penyakit berkaitan thyroid yang teruk atau psoriasis (penyakit autoimmune pada kulit dan joint)

4– Kuku Kebiru-biruan
Keadaan kuku yang kebiru- biruan menunjukkan tubuh tidak mendapat oksigen yang cukup.Keadaan ini boleh berlaku oleh pelbagai sebab seperti jangkitan paru- paru atau pneumonia.Sebab tubuh tidak mendapat oksigen yang cukup adalah terlalu luas dan untuk memastikannya hendaklah berjumpa doktor.

5-Kuku Berkedut atau seakan- akan berombak.

Keadaan ini merupakan tanda- tanda awal psoriasis(penyakit autoimmune pada kulit dan joint) atau inflammatory arthritis.

6-Kuku Retak atau Merekah
Keadaan ini dikaitkan dengan masalah thyroid. Kombinasi kuku merekah dan kekuninganpula menunjukkan terdapatnya jangkitan kuman. 

7-Bengkak pada lipatan atau kawasan sekeliling kuku.
Kulit sekeliling kuku kelihatan merah dan bengkak dikenali sebagai inflamasi atau keradangan 'nail fold'. Keadaan ini berlaku disebabkan penyakit lupus atau masalah pada tisu kognetif yang lain.

8-Garis hitam di bawah kuku
Keadaan ini perlu diperiksa oleh doktor secepat mungkin kerana ia mungkin disebabkan oleh melanoma; sejenis kanser kulit yang berbahaya

9-Kesan kerekahan atau gigitan pada kuku
Menggigit kuku mungkin merupakan tabiat biasa seseorang namun dalam sesetengah kes ia merupakan petunjuk kepada persistent anxiety atau gelabah/kebimbangan yang berterusan.Tabiat menggigit kuku juga boleh dikaitkan dengan Obsessive compulsive disorder; sejenisa bnormaliti pada minda yang berkaitan dengan rasa gementar dan gelabah yang mendorong kepada melakukan suatu tabiat (seperti menggigit kuku) bagi mengurangkan rasa gelabahtersebut. Sekiranya pesakit tidak boleh berhenti dari tabiat ini, anda dinasihatkan supaya mendapat-kan rawatan.

.:. Keadaan kuku merupakan cuma sebahagian dari petanda keadaan kesihatan kita.Walaupun perubahan pada keadaan normal kuku boleh menjadi simtom atau petunjuk kepada pelbagai penyakit , namun ia jarang hadir sebagai first sign atau tanda awal. Kebanyakan ketidaknormalan kuku juga boleh jadi tidak berbahaya; tidak semestinya orang yang kukunya berwarna putih mengidap hepatitis . Namun, langkah berjaga- jaga perlu diambil. Sekiranya anda mendapati kuku anda bermasalah, sila berjumpa doktor untuk mendapatkan kepastian.

SEKIAN

1 Merujuk kepada perkara diatas :

Tanpa Nama ,  11 Oktober 2013 pada 12:26 PG  

terima kasih memberi info

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP