KL Gangster 2 Sudah Kutip RM3.1 Juta
Tweet
PETALING JAYA: Filem KL Gangster 2 arahan Syamsul Yusof berjaya mengutip RM 3.1 juta dalam tempoh empat hari tayangan bermula 3 Oktober lalu termasuk tiga hari tayangan awal pada 27 hingga 29 September lalu.
Produsernya Datuk Yusof Haslam berkata, biarpun jumlah kutipan tersebut hanya mampu meraih separuh daripada sasaran awal, namun dia masih tetap bersyukur.
“Alhamdulillah setakat empat hari ini sudah mencapai RM3.1 juta namun jika diikutkan sasaran awal kita lebih daripada jumlah itu.
“KL Gangster dulu empat hari sahaja sudah mencapai RM 6 juta lebih, bagaimanapun saya bersyukur kerana dalam situasi filem bocor ini masih ada lagi yang datang ke pawagam untuk beri sokongan,” katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Isnin.
Yusof berkata, beliau menyasarkan filem yang menelan belanja RM4.5 juta itu akan ‘balik modal’ iaitu sebanyak RM7.5 juta termasuk kos promosi.
Katanya, promosi yang cukup kuat dijalankan sepanjang tayangan ini juga menjadi strategi akhir pihaknya untuk menarik penonton ke pawagam.
“Kutipan itu mungkin sudah memadai bagi filem yang bajet rendah ditambah industri filem yang lembab sekarang tapi saya hanya pasrah dan bersyukur.
“Saya berharap pihak kerajaan dan pihak-pihak yang terlibat dengan isu cetak rompak ini ambil iktibar dan tindakan segera agar tiada pihak yang menanggung kerugian lagi,” katanya.
KL Gangster 2 telah mendapat hak tayangan lebih awal untuk tiga hari bermula 27 hingga 29 September lalu sebagai sokongan terhadap karya tersebut yang telah dicetak rompak dan telah mengutip sebanyak RM700,00O.
Sumber mStar Online
1 Merujuk kepada perkara diatas :
Yang pasti takde duit ai yg tersalur untuk filem ni.. Alhamdulillah.. :D
Catat Ulasan