GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Sabtu, 12 Oktober 2013

Kumpulan Samseng perangkap kanak kanak untuk Jual dara

Medellin: Kumpulan samseng Colombia dilapor memerangkap kanak-kanak perempuan semuda 10 tahun untuk perdagangan yang menyaksikan dara dilelong kepada tauke dadah dan pelacur asing.
Kanak-kanak berkenaan dipilih dari kalangan keluarga yang mendiami kawasan setinggan atau ‘komunas’ untuk diserahkan kepada kumpulan penjenayah dengan dijanjikan pakaian cantik, kokain dan bantuan kewangan untuk keluarga.
Tetapi sebaik mereka memasuki kehidupan kumpulan berkenaan, mereka dijaga seperti barangan yang amat berharga dan diancam bunuh jika enggan bekerjasama.
Di Medellin, tempat asal tauke dadah, Pablos Escobar, yang permintaan terhadap dara gadis belasan tahun begitu terkenal, tradisi menawarkan kanak-kanak perempuan kepada tauke dadah bukan sesuatu yang luar biasa.
Pengarah sebuah pertubuhan bukan kerajaan, Luis Pardo berkata, gadis muda berkenaan diserahkan satu ketua dadah kepada ketua dadah yang lain dan akhirnya mereka menjadi pelacur.
Pihak berkuasa Colombia berkata, mereka tidak mampu untuk campur tangan kerana pengaruh kumpulan penjenayah berkenaan begitu kuat hingga mereka mengenakan cukai sesuka hati untuk menyelesaikan pertelingkahan antara jiran.
Pegawai juga mendakwa sukar untuk menyiasat kerana sebahagian besar mangsa menyertai perdagangan berkenaan atas kehendak sendiri.
Namun, kebanyakan sukarelawan yang bekerja untuk membantu mangsa berkata, kerajaan tidak menangani masalah itu secara serius. 
- AFP

1 Merujuk kepada perkara diatas :

suria lekatlekit 12 Oktober 2013 pada 9:38 PTG  

Hope Malaysia takkan sampai ke tahap pihak berkuasa pun dah takde kuasa kerana kuasa penjenayah lagi power dari pihak berkuasa. Seram pulak den baca berita2 camni.mengenang nasib anak2 utk masa depan nanti

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP