GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Sabtu, 12 Oktober 2013

Suri rumah cedera ditembak

KOTA BHARU : Seorang suri rumah yang ditembak lima das ketika memberhentikan kereta di persimpangan lampu isyarat bersebelahan Balai Polis Binjai, di sini, semalam, mungkin mangsa tersilap sasaran.
Selain itu, cermin Proton Persona yang dipandunya ketika kejadian agak gelap menyebabkan penyerang tidak dapat mengagak siapa yang memandu kenderaan itu. 
Dalam kejadian jam 6.40 petang, mangsa, Nurul Atikah Sidek, 22, dari Kampung Karang Banggu dekat sini, bernasib baik apabila cedera di pipi kanan selepas dipercayai terkena satu daripada lima das tembakan yang dilepaskan seorang pembonceng motosikal. 

Dia turut cedera di tangan kanan dan hidung akibat terkena serpihan cermin yang pecah akibat ditembak.
Selepas ditembak, ibu kepada seorang anak itu dibawa masuk ke dalam balai polis yang terletak kira-kira 20 meter dari tempat kejadian untuk mendapatkan perlindungan dengan dibantu orang ramai sebelum dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, untuk rawatan lanjut dan keadaannya kini dilaporkan stabil.

Timbalan Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata, ketika kejadian mangsa memandu bersendirian dari arah Bachok ke Kubang Kerian. 

"Apabila tiba di tempat kejadian, mangsa memberhentikan keretanya kerana lampu isyarat merah sebelum dua motosikal jenis Honda EX-5 dan Yamaha LC yang dinaiki empat lelaki datang dari arah sama menghampirinya. 

"Pembonceng sebuah daripada motosikal itu kemudian melepaskan lima das tembakan ke arah kereta mangsa sebelum melarikan diri ke arah Bachok," katanya.
Sumber myMetro

0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP