GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Sabtu, 12 Oktober 2013

Vivian Lee mahu bunuh diri?

Vivian Lee

SELEPAS dihujani dengan pelbagai tohmahan dan kontroversi, pasangan Alvin Tan dan Vivian Lee yang akhirnya dibebaskan dengan ikat jamin, seolah-olah "lenyap" dari dunia siber yang menjadi "pemusnah" kepada kehidupan mereka selama ini.

Namun dua hari lalu, pasangan yang menggelarkan diri sebagai Alvivi ini kembali muncul dengan sebuah klip video pendek berjudul "Regret".

Klip video yang berdurasi satu minit lima puluh sembilan saat itu memaparkan Vivian yang mengenakan gaun putih dengan ekspresi wajah penuh emosi.

Klip video yang ditulis dan diarahkan sendiri oleh Alvin ini seolah-olah menunjukkan kekesalan watak dalam klip ini yang dilakonkan oleh Vivian dengan apa yang telah dilakukan selama ini.

"Saya fikir susah menjadi orang dewasa..., apabila saya mengikut kata hati saya, semua orang mengatakan saya salah," antara skrip yang dilontarkan dalam klip video itu.

Sebelum itu, klip video memaparkan bagaimana kehidupan Vivian ketika dia kecil, di mana dia diajar untuk mengejar cita-cita, yakin dengan diri sendiri, bersuara lantang namun semua itu berbeza apabila usianya menginjak dewasa.

Menurut klip video itu, semuanya berubah dan orang mula membenci apabila dia cuba menjadi dirinya dan melakukan apa yang dia rasakan betul sehinggakan orang yang disayang juga enggan menyayanginya lagi.

"Sebenarnya saya penat, mereka menang, saya kalah....," ujar Vivian dalam nada penuh kesah.

Babak akhir pada klip video itu menunjukkan Vivian mengelar lengannya dan menamatkan "perjuangannya".

"Mungkin ini adalah masa untuk menamatkan perjuangan bermakna saya sekaligus... hanya dengan satu  tindakan segera," katanya lagi yang dipetik dalam klip video yang dimuatnaik di YouTube pada Rabu lalu.

Sehingga hari ini video itu sudah disaksikan lebih 60,000 pengunjung YouTube.

Pasangan bloggers seks, Alvivi sebelum ini ditahan selama lapan hari  atas kesalahan mempersendakan bulan Ramadan dengan memuat naik gambar yang menyentuh sensitiviti umat Islam.

Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi telah membenarkan Alvin atau nama sebenarnya Tan Jye Yee, 25, dan Vivian Lee May Ling, 24, diikat jamin bersyarat, selepas membuat semakan kehakiman mengikut Seksyen 35 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 dan Seksyen 323(1) Kanun Acara Jenayah.

Pasangan itu dilarang memuat naik sebarang artikel, komen dan penulisan menghasut serta memuat naik gambar lucah dan jelik yang boleh menimbulkan unsur perkauman dan menyentuh sensitiviti kaum dan agama.

Hakim Datuk Mohd Azman Husin turut mengenakan syarat kepada kedua tertuduh iaitu mereka perlu menyerahkan pasport, dilarang menggunakan peranti komunikasi rangkaian yang boleh diakses kepada Internet dan melaporkan diri di balai polis berhampiran pada hari pertama setiap bulan.


Sumber sinarharian


0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP