Malala Yousafzai terima anugerah
Tweet
MALALA Yousafzai memegang Anugerah Anna Politkovskaya yang diterimanya daripada pihak RAW (Reach All Women) in War di London semalam.
LONDON - Aktivis pendidikan Pakistan yang hampir maut ditembak oleh seorang anggota Taliban, Malala Yousafzai diberi pengiktirafan menerusi anugerah yang dinamakan sempena seorang wartawan Rusia yang mati dibunuh, Anna Politkovskaya.
Yousafzai ditembak dari jarak dekat ketika berjalan menuju ke sekolahnya di Pakistan pada Oktober 2012. Jumaat lalu, beliau diumumkan sebagai penerima anugerah itu.
Anugerah tersebut disampaikan pada setiap tahun oleh pihak RAW (Reach All Women) in War kepada mereka yang memperjuangkan hak-hak wanita.
Menurut RAW in War, Yousafzai dipilih menerima pengiktirafan itu atas keberaniannya menyuarakan hak-hak wanita di Pakistan yang dinafikan hak menerima pendidikan.
Yousafzai menerima anugerah itu di sini daripada Nicholas Winton. Winton ialah tokoh yang bertanggungjawab menyelamatkan kanak-kanak Yahudi ketika Jerman menakluk Czechoslovakia.
- Agensi(kosmo!)
0 Merujuk kepada perkara diatas :
Catat Ulasan