GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Jumaat, 8 November 2013

Awas ! Minyak maSak dari Longkang yang dikitar semula


Pihak berkuasa China sedang memeriksa 'minyak longkang' yang diproses semula dan banyak digunakan oleh peniaga makanan di negara itu, semalam. - AGENSI

BEIJING 7 Nov. - Bagi pencinta makanan, masakan tradisional China, yang dijual di bahu-bahu jalan di negara ini bukan sahaja enak, malah ia membentuk sebahagian daripada pandangan menarik di bandar-bandar di negara ini.


Namun, masalah baharu timbul selepas penjual makanan, termasuk pengusaha restoran didapati bukan sahaja menggunakan minyak masak terpakai secara berulang kali, malah ada antara mereka bertindak keterlaluan menggunakan 'minyak longkang' yang diproses semula.

Ada peniaga kecil-kecilan makanan ini didapati memilih minyak yang dibuang ke dalam longkang yang dikumpul daripada mendapan tangki pembetungan sebagai pilihan mereka, kerana ia jauh lebih murah dan menjimatkan kos.

Cara pembuatannya, pula agak mudah iaitu mendapan daripada tangki pembetungan yang mengandungi sampah dan sebarang unsur yang mungkin mengandungi minyak masak dan bahagian termasuk lemak haiwan, dikumpul sebelum dimasak dan ditapis.


Lebih menjijikkan, 'minyak longkang' yang dihasilkan ini bukan sahaja tidak sihat, malah ia turut mengandungi pelbagai toksin berbahaya termasuk 'carcinogen' yang menjadi punca kepada penyakit barah.

Pihak berkuasa China yang sedar tentang amalan buruk itu sejak beberapa tahun kebelakangan ini cuba menghapuskan kegiatan kurang sihat itu bagi mengelak tanggapan buruk orang ramai terhadap makanan tradisional China.

Bagaimanapun, jumlah mereka yang terlibat dalam perniagaan 'minyak longkang' ini, pula agak ramai, sekali gus menyukarkan pihak berkuasa bertindak, sehingga hukuman penjara seumur hidup tidak mendatangkan gerun kepada dalang aktiviti itu.

Dipercayai satu persepuluh daripada minyak masak dalam pasaran di China merupakan 'minyak longkang, tetapi walaupun jumlah itu agak besar, namun ia masih belum dapat mengurangkan kebimbangan orang ramai.

Usaha untuk membanteras kegiatan itu agak sukar kerana kecenderungan orang ramai untuk memiliki minyak masak itu yang jauh lebih murah. 

- AGENSI

0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP